Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFathia Latiff Tampil Bidas Zarina Anjoulie, Beri ‘Hint’ Mahu Saman?-“Saya Mahu Polis...

    Fathia Latiff Tampil Bidas Zarina Anjoulie, Beri ‘Hint’ Mahu Saman?-“Saya Mahu Polis Ambil Tindakan..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan pelakon, Fathia Latiff mengkritik pelakon Zarina Anjoulie kerana mendedahkan sikap Fathia Latiff ketika mereka masih rapat suatu ketika dahulu.

    Menurut video live yang viral di media sosial, Zarina Anjoulie membuat pendedahan selepas melihat video Fathia yang mengkritik pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.

    “Orang Normal Tak Cakap Macam Tu..”

    Kata Anju, Fathia mempunyai sikap ‘busuk hati’ dan menganggap orang ramai bersahabat dengannya kerana ramai pengikut di Instagram.

    “Ini adalah masalah mengenai Fathia. Kalau korang ingat, Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia (Fathia Latiff). Masa Anju cakap dulu, tiada orang yang percaya, dia kan Ariana Rose semua orang suka, saya ni kan banyak kontroversi.

    Korang boleh sense tak busuk hati?. Sebab itu saya berhenti kawan dengan dia. Masa lepak dengan dia, apa yang kerap dia cakap, ‘kau kawan dengan aku sebab followers aku tinggi’. Umur kau berapa? Orang normal tak cakap macam tu.”-dedah Fathia

    Beri ‘Hint’ Mahu Saman Anju?

    Fathia tampil membidas Anju menerusi Insta Stories, berpendapat Anju seorang individu yang ‘tikam belakang’ rakan sendiri, malah turut memberikan ‘hint’ akan berjumpa dengan Anju di mahkamah kelak.

    “Kepada Anju, anda mempunyai hati yang sangat buruk. Sebelum awak cakap pasal orang lain, lihat diri sendiri dahulu. Pergi dan ambil selendang anda, kerana anda baru pulang dari Umrah.

    Anda jauh lebih tua/ matang daripada saya dan saya akan berjumpa dengan anda di MAHKAMAH sebaik sahaja saya pulang dari luar negara. Tutup kepala dari cakap bodoh.

    Anda tikam belakang dan sila malu pada diri anda. Anda terus ‘lepas’ daripada mengambil dadah. Dan saya mahu pihak polis mengambil tindakan ke atas anda. Anda banyak kali terlepas dan ia tidak adil kepada orang lain. ANDA PENAGIH DADAH.”-Tulis Fathia di Instagram

    Sebelum ini, Fathia Latiff membuat kenyataan negatif mengenai Zahirah Macwilson dengan menyebutnya sebagai ‘muka bibik’ dan mendakwa isteri kepada Aiman Hakim Ridza melakukan pembedahan pada bibir ketika berada di Australia.

    ALSO READ:  Ramai Malu Jika Miliki Anak Autisme, Shila Amzah Nasihat Ibu Bapa Agar Tidak Menafikan Simptom Sakit

    Apa komen anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts