Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFatimah ‘The Family UK’ Mengalami Pendarahan & Semakin Lemah, Ibu Mohon Doa...

    Fatimah ‘The Family UK’ Mengalami Pendarahan & Semakin Lemah, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah ‘The Family UK’ dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.

    Ibu kepada Fatimah, iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini sudah memasuki hari kelapan berada di hospital itu masih lagi mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lalu. Tambahnya lagi, dia turut memohon doa orang ramai untuk mendoakan kesembuhan puteri kesayangannya itu.

    “Bismillahirrahmanirrahim…pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.

    Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas. Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas.”-kongsi Ibu Fatimah

    View this post on Instagram

    A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk)

    Dibanjiri Doa Netizen & Selebriti

    Di ruangan komen, rata-rata netizen serta selebriti termasuklah Fazlina Ahmad Daud, Catriona Ross, Datin Nina Juren dan ramai lagi dilihat membanjiri ruangan komen dengan menitipkan doa buat Fatimah, malah ramai yang memberikan kata-kata semangat buat keluarga ini agar diberikan kekuatan menghadapi ujian.

    “Moga Allah Taala angkat segala sakit Fatimah binti Omar & diganti dengan kesembuhan dan kesihatan. Syafakillah Fatimah. So many are praying for your recovery.”-Catriona Ross

    “Ya Rabb.. berikan kesembuhan sepenuhnya dengan segera buat Fatimah. Kurniakan kesihatan sihat walafiat dan kehidupan sentiasa dalam redhoMu. Aamiin Allahuma Aamiin.”-Datin Seri Umie Aida

    “Allahuma, sembuhkan lah Fatimah Binti Omar. Berikan dia dan Keluarga kekuatan dan semangat Dalam menjalani dugaan ini Ya Allah. Aamiin🤲.”-Fazlina Ahmad Daud

    “Allahu Akbar. Ya Allah kau berikanlah kesembuhan dgn segera buat Fatimah. Permudahkan segala proses untuk Fatimah sihat macam biasa. Berilah kekuatan kepada keluarga Fatimah untuk melalui segala dugaan Mu Ya Allah. Aamiin. Speedy recovery Fatimah ❤️

    “Dihari jumaat yang penuh berkat nie.. Saya doakan semoga Allah angkat segala kesakitan fatimah & diberikan pahala untuk semua yang mendoakan Fatimah & keluarga.. Amin. Get well soon adik.”

    “Semoga Allah kurniakan syifa dan afiya untuk Fatimah. Aamiin ♥️.”

    ALSO READ:  “Awat Kuangjaq Sangat?” – Ogy Ahmad Daud Selar Tindakan Portal Yang Mengeluarkan Kenyataan Tanpa Usul Periksa

    Sama-sama kita doakan agar Fatimah diberikan kesembuhan dengan cepat ..Aamin..



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts