Pelakon, Fatin Afeefa bersuara mengenai kenyataan yang dibuat seorang pelakon baharu yang mendakwa dirinya telah dibuli oleh pelakon senior di set penggambaran.
Fatin Afeefa bersuara
Menerusi perkongsian di Instagram Story, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin berpendapat pengalaman yang dirasai pelakon baharu itu bukanlah satu bentuk buli namun sebagai satu teguran diberikan pelakon senior kepadanya.
(Pelakon itu cakap), ‘Bila rehearsal dialog lain, bila mula berlakon, tukar dialog lain. Jadi, budak baru tak boleh jawab’.
Itu buli? Skrip itu sekadar hafal tapi tak study skrip betul betul, memang tak akan boleh nak jawab. Belajar terima teguran.
Itu yang orang ‘complain’ berlakon kayu dan keras.
Tambah pelakon filem ‘Tentang Bulan’ ini lagi, setiap pendatang baharu dalam industri lakonan perlu sentiasa memperbaiki diri kerana mereka tidak dibayar untuk melakukan kesilapan.
Penerbit tak bayar awak untuk bazirkan masa semua orang. Belajar, belajar dan belajar.
Duit nak, ‘fame’ nak tapi belajar tak nak.
Malu dengar temu rumah
Dalam pada itu, Fatin yang sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak usia lapan tahun mengakui dirinya berasa malu melihat video temu ramah pelakon baharu tersebut.
Saya berlakon dari umur saya lapan tahun dan macam-macam manusia dah saya jumpa.
Saya dengar ‘interview’ itu tetapi saya pula yang malu. Apo bro?
Terdahulu, timbulnya satu isu mengenai buli yang berlaku dalam kalangan pelakon baru oleh pelakon senior serta kru di set penggambaran.