Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To...

    Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fatin AfeefaFatin Afeefa

    Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

    Berhenti berlakon, menyanyi

    Fatin AfeefaFatin Afeefa

    Menurut pemilik nama asal Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai. Walau bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih melakukan beberapa kempen.

    Selepas berkahwin, saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.

    Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.

    Sekarang ini saya lebih suka duduk dekat rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan.

    Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, L.soulle yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    To be better muslim

    fatin afeefafatin afeefa

    Disoal mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia ingin perbaiki diri menjadi versi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.

    Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

    Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.

    Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini.

    Berkongsi lanjut, Fatin memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

    Mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model.

    Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga.

    Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

    ALSO READ:  ‘Duhai Saudaraku, April Fool Juga Haram Di Sisi Islam’ – Amin Idris Tegur Aliff Syukri, Saran Pimpin Keluarga Kejar 10 Malam Terakhir Ramadan

    Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts