Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFattah Amin Ajak Pelajar Sertai Sesi Percubaan Percuma PTTI, Bekas SPM Nak...

    Fattah Amin Ajak Pelajar Sertai Sesi Percubaan Percuma PTTI, Bekas SPM Nak ‘Repeat’ Balik Peperiksaan – ‘Demi Abang Saya Daftar Sekarang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    FATTAH PTTI 2FATTAH PTTI 2

    Pelakon terkenal, Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkemuma, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Belajar secara percuma

    FATTAH AMIN PTTIFATTAH AMIN PTTI

    Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.

    Sesi percubaan ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.

    Fattah, 34, yang dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda, melihat ini sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.

    Sesi percubaan secara percuma ini adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.

    Adik-adik yang baru lepas percubaan SPM itu mesti sedang risau sebab mak ayah bagi harapan tinggi pada SPM yang akan datang ini. Jadi, dua bulan lagi tinggal untuk mereka menduduki SPM. Apa yang perlu dibuat?

    PTTI ada program khas selama tiga bulan yang ‘cover’ semua topik dan teknik untuk menjawab. Kalau nak tahu, PTTI adalah pusat yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Malah, ada yang dapat gred G bertukar kepada gred A.

    Sekarang ini, saya bersama PTTI nak bagi sesi percubaan secara percuma. Caranya mudah saja iaitu DM terus ke akaun PTTI online. Mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Axia. Tempat ini terhad kepada 1000 orang sahaja.

    Nak amik SPM balik

    fattah amin screenshotfattah amin screenshot

    Menjengah komen di video TikTok, anak-anak muda bersemangat dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, ada juga bekas pelajar SPM yang ingin mengulang kembali mengambil peperiksaan demi Fattah.

    ALSO READ:  ‘Jenis Nak Murah, Nak Makan Sedap Tapi Malas Masak Sendiri..Lepas Tu Complain Orang Jual Mahal’ – Intan Najuwa

    Bersemangat dalam mendidik

    ptti fattah aminptti fattah amin

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.

    Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda. Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI.

    PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.

    Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts