Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFattah Amin Kecam Individu-Individu Yang Memukul Lelaki OKU Mental

    Fattah Amin Kecam Individu-Individu Yang Memukul Lelaki OKU Mental

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Fattah Amin, pelakon yang sering tampil dengan watak hero dalam drama, baru-baru ini mengungkapkan rasa terkejut dan marah terhadap satu insiden yang cukup kejam. Ia melibatkan seorang lelaki OKU mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu.

    Dalam hantaran InstaStory-nya, Fattah yang tidak dapat menahan rasa kesalnya bertanya, “Ya Allah, kenapalah sekejam diperlakukan sesama manusia?” Macam mana la boleh ada manusia yang sanggup bertindak begitu kejam terhadap sesama manusia, apatah lagi orang yang kurang upaya!

    Berdasarkan video yang tular, lelaki OKU tersebut dilaporkan telah ditumbuk dan disepak oleh beberapa individu yang dipercayai peniaga serta pelanggan di pasar tersebut. Semua itu berlaku hanya kerana motosikal yang ditunggang oleh mangsa terlanggar sebuah gerai.

    Eh, kalau nak marah pun, kenapa perlu sampai tahap pukul orang? Mungkin gerainya rosak sikit, tapi takkanlah sampai nak tunjuk ‘hero’ dengan cara begitu, kan?

    Yang lebih menyedihkan, Fattah turut berkongsi video temu bual dengan isteri mangsa yang jelas kelihatan terpukul dan hilang kata-kata. Fattah, dengan nada kecewa, mempersoalkan tindakan individu yang terlibat.

    “Macam mana manusia yang diberi akal yang sempurna boleh bertindak sampai ke tahap ini?” Dia betul-betul terkesan dengan kejadian tersebut, dan betul-betul menimbulkan persoalan, di mana hilangnya rasa kasih sesama manusia? Mungkin dalam dunia yang semakin sibuk ini, kita lebih banyak fikirkan diri sendiri daripada mempertimbangkan nasib orang lain.

    Rentetan kejadian itu, pihak berkuasa bertindak pantas menahan enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk membantu siasatan. Kalau yang berusia 60 tahun pun boleh terlibat, bayangkan betapa pelik dan sedihnya keadaan itu. Tapi sekurang-kurangnya ada tindakan yang diambil bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan hukuman setimpal. Mudah-mudahan kejadian sebegini tidak lagi berulang.

    ALSO READ:  Siapa Sangka Dalam Mall Ini, Pengunjung Dibawa Ke Bandar Zaman 80an, Siap Ada Gondola!

    Fattah, yang terkenal dengan watak-watak romantik dalam drama, kali ini menunjukkan sisi berani dan prihatin terhadap kezaliman yang berlaku dalam masyarakat.

    Mungkin selepas ini, kita semua perlu lebih peka dan sentiasa ingat untuk bertindak dengan hati yang baik dan penuh kasih sayang, kerana dalam hidup ini, kita semua manusia. Tak kira OKU atau tidak, kita semua patut dihormati dan dilayan dengan baik.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts