Perkongsian terkini aktor kacak, Fattah Amin mencuri perhatian netizen apabila dilihat menghadiri sebuah acara di ibu kota, baru-baru ini.
Fattah, menerusi hantaran di Instagram kelihatan segak menggayakan sut berwarna merah jambu dan hitam ketika menghadiri acara pelancaran yang diadakan di Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
“Menghadiri pelancaran Make Over 1st playroom di Starthill Bukit Bintang..”-kapsyen Fattah Amin di Instagram
View this post on Instagram
“Jari Pun Dah Hensem, Apatah Lagi Muka…”
Perkongsian Fattah dibanjiri pelbagai reaksi netizen, malah ada yang sempat memuji jari jemari aktor kacak ini yang kelihatan halus.
“Jari pun dah hensem, apatah lagi muka.”
“Hikmah selepas berpisah, terus mantap meletop Alhamdulillah.”
“Lain macam Fattah sekarang, baru nampak Fattah yang sebenarnya.”
“Fattah Amin semakin popular dan murah rezeki.”
“Saham tengah melonjak naik, buat apa nak rujuk. Move on!.”
“Cantiknya jari. Bamtah cincin tu. Cincin kahwin ke..”
“Apa la perasaan jadi Fattah Amin ni jadi Fattah Amin hahaha.”
“Sejak single makin handsome dan bersih.”
Sekadar info, Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga bersama Nur Fazura pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Walaubagaimanapun, Fazura telah memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu, dan sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.
Apa komen anda?