Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFattah Amin ‘Lelaki Melayu Terakhir’ Untuk Wanna Ali?

    Fattah Amin ‘Lelaki Melayu Terakhir’ Untuk Wanna Ali?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pertemuan antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berlainan dan juga gaya hidup yang berbeza, mencetuskan cinta luar biasa antara mereka.

    Lelaki Melayu Terakhir

    Terbaharu di slot Samarinda, drama Lelaki Melayu Terakhir yang menampilkan gandingan dua pelakon hebat, Fattah Amin dan Wanna Ali. Drama ini bakal bersiaran di kaca TV anda bermula pada 5 Ogos 2024 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.

    Lelaki Melayu Terakhir mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.  Manakala, Kasih (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri. 

    Alawiyah (Umie Aida), Ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), Ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka. Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing. Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.

    Pada masa yang sama, Kasih patah hati setelah mengetahui bahawa teman lelakinya telah curang dengan kawan baiknya sendiri. Melihat keadaan Kasih yang tertekan akibat putus cinta, Khatijah berbincang dengan Alawiyah mengenai cadangannya untuk menghantar Kasih mengerjakan umrah demi mencari ketenangan. Alawiyah kemudian meminta Jazlan untuk membantu dan menjaga Kasih sewaktu di sana.

    Menurut Wanna Ali, ini kali pertama dia bekerjasama dengan Fattah Amin.

    Kami bina keserasian dengan berbual tentang skrip bersama-sama di set penggambaran. Saya rasa tidak susah untuk saya membawa watak Kasih dalam drama ini kerana banyak persamaan antara saya dan watak tersebut.

    Apa yang lebih menarik, penggambaran dijalankan di Madinah, memberi saya pengalaman yang berlainan dan menarik. Keseluruhan proses bersama kru produksi berjalan dengan sangat lancar dan penuh keseronokan.”

    Drama bersiri 26 episod terbitan Rumah Karya Cinta yang diarahkan oleh Amor Rizan ini menampilkan barisan pelakon ternama dan berbakat seperti Fattah Amin, Wanna Ali, Datin Seri Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Fazlina Ahmad Daud, Nabil Aqil, Zarul Imran dan ramai lagi.  

    ALSO READ:  Mampu Milik Dan Berkualiti Tinggi, Menteri Besar Selangor Sempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman BSP

    Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya? Saksikan kisah percintaan yang luar biasa dan penuh dengan pengorbanan ini dalam drama Lelaki Melayu Terakhir menerusi slot Samarinda bermula 5 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.  Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts