Aktor, Fattah Amin menitipkan pesanan ketika dapat melepaskan rindu bertemu puterinya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Kongsi Fattah menerusi hantaran di Instagram, dia berharap agar Fatima tidak bersedih kerana dapat memeluknya hanya untuk seketika sahaja, kerana hatinya itu telah memeluk Fatima buat selamanya.
“Fatima, jangan bersedih meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahu, hati Daddy memelukmu selamanya. 💙.”-kapsyen Fattah Amin di Instagram
View this post on Instagram
“Kesian Fatima, Kenapa Awak Kena Lalui Semua Ini Dalam Usia Sekecil Ini…”
Perkongsian Fattah dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat gelagat bapa dan anak ini dapat melepaskan rindu bertemu buat seketika, malah ramai yang menitipkan doa agar hubungan mereka tidak terputus dan berkekakal hingga ke Jannah.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Dapat jugak Fattah lepaskan rindu peluk Fatima walaupun seketika. Kasih sayang buat anak akan terus mekar selamanya sampai ke syurga.”
“Lama tak tengok kembar ni dalam satu frame.”
“Daddy dengan Fatima macam twins.”
“Alhamdulillah, kedua-duanya bahagia. Dapat hilang rindu walau sekejap. Tak tahu kenapa. Sedih tengok pic.”
“Harapnya hubungan ayah dan anak tidak diputuskan sehingga bila-bila. Fatima deserve kasih sayang seorang ibu dan ayah sampai Jannah.”
“Macam manapun hubungan anak dan ayah tu sampai bila-bila.”
“Kesian Fatima, kenapa awak kena lalui semua ini dalam usia sekecil ini.”
“Hati daddy sentiasa peluk Fatima. Tapi ada muka Daddy di muka Fatima. Jauh mana Fatima pergi. Jauh mana Fatima pergi, Ada daddy sentiasa bersama.”
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka, apa komen anda?