Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura Fail Cerai – ‘Saya Tahu Mengenai...

    Fattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura Fail Cerai – ‘Saya Tahu Mengenai Permohonan Perceraian Melalui Media Sosial’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fattah AminFattah Amin

    Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil memberi kenyataan berhubung kemelut rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura yang sedang dilanda badai ketika ini.

    Fattah tak curang

    Memetik Harian Metro, Fattah, 34, menegaskan tiada wanita lain yang bertakhta di hatinya selain Fazura sekali gus menyangkal dakwaan dia berlaku curang.

    Malah, Fattah akui terkejut apabila mendapat tahu isterinya menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.

    Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

    Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura).

    Doakan yang baik

    Fattah AminFattah Amin

    Dalam pada itu, Fattah meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dan berharap isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dapat diselesaikan secara baik.

    Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.

    Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

    Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian.

    Sebelum ini timbul dakwaan Fattah berlaku curang dengan penata gaya atau ‘stylist’ Fazura yang dikenali sebagai Syira Atiqah.

    Sementara itu, semalam kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    ALSO READ:  Uyaina Arshad Menolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Kekhuatiran Bersalin Awal & Halangan Prosedur Dokumentasi

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts