Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFattah Amin Nafi Kongkong Fazura, Akui Perkara Normal Bgai Suami Mahu Tahu...

    Fattah Amin Nafi Kongkong Fazura, Akui Perkara Normal Bgai Suami Mahu Tahu Dengan Siapa Isteri Berkawan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagi individu yang sudah berumah tangga, hendaklah sentiasa menjaga nama baik diri, pasangan dan ahli keluarga.

    Suami tidak boleh lagi mengamalkan gaya hidup seorang bujang. Begitu juga isteri, dia harus menyedari atas keizinan dan kepercayaan suami dia dapat keluar bekerja.

    Elakkan interaksi dan hubungan boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

    Dalam urusan memerlukan hubungan antara lelaki dan wanita di tempat kerja, pastikan interaksi atas dasar hormat- menghormati dan sopan santun.

    Antara pesanan Rasululllah SAW ialah berhati-hati memilih kawan.

    Baru-baru ini pelakon Fattah Amin, 33, menafikan mengongkong isterinya yang juga pelakon sensasi, Nur Fazura, 40, apabila menentukan dengan siapa boleh berkawan.

    Bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata, ia perkara normal bagi suami mengetahui dengan siapa isteri berkawan, begitu juga sebaliknya.

    Fattah berkata, perkara itu tidak seharusnya dilihat sebagai isu negatif sekiranya seseorang faham konsep agama Islam.

    “Kalau saya kongkong Fazura, ‘shooting’ pun tak boleh.

    “Sebagai suami, pastinya saya kena ambil tahu dengan siapa isteri berkawan dan dia pun tahu dengan siapa saya berkawan.

    “Kita orang Islam sebenarnya faham, cuma kita jangan menjadikannya sebagai isu sehingga nampak negatif,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baju Melayu, Eastana Exclusive, semalam.

    Tambah Fattah lagi, tindakan seorang isteri mendapatkan keizinan suami dalam segala hal termasuk soal berkawan tidak salah, malah sangat digalakkan.

    “Tak kisahlah dalam soal berkawan, apatah lagi hendak keluar rumah, isteri perlu minta keizinan dan keredaan suami.

    Terdahulu, Fazura mengeluarkan kenyataan dalam Instagram sangat berhati-hati dalam memilih dengan siapa dirinya berkawan.

    Ia susulan kenyataan dikeluarkan pengacara dan usahawan, Neelofa yang sedia berdamai dengannya, sekali gus menamatkan krisis tercetus sejak 13 tahun lalu.

    ALSO READ:  “Kejam! Cari Sampai Dapat” – Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat Awam

    Melalui hantaran itu, Fazura turut menafikan wujud perang dingin dengan Neelofa seperti yang didakwa bekas pengacara Nona itu.

    Selain itu, Fazura turut menyatakan keizinan suami wajib diberikan keutamaan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts