Sering muncul di kebanyakkan platform media sosial terutama TikTok sehingga mencetuskan fenomena, pelakon Fattah Amin bagaimanapun tidak boleh mengawal netizen yang mengatakan sudah meluat melihat konten dihasilkannya.
Tak boleh kawal manusia
Hanya menjalakan tanggungjawab diberikan klien, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, persepsi setiap manusia berbeza dan dia terbuka menerima pelbagai pandangan.
Kalau ada orang sudah meluat lihat saya, itu saya tidak boleh komen. Sebab persepsi manusia berbeza-beza.
Saya tidak boleh kawal semua orang untuk suka pada saya. Sudah pasti apa saya buat akan ada yang suka dan tidak. Yang penting saya jalankan tanggungjawab.
Saya tak minta pun konten sering lalu FYP TikTok, saya juga tidak boleh kawal perkara itu. FYP sebab ramai yang kongsikan video saya.
Kalau yang FYP itu adalah perkara baik, saya sangat bersyukur kerana sudah pasti klien juga gembira dan berbaloi ambil saya sebagai endorsement.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di sidang media Usanita Entertainment serta pelantikan aktor tersebut sebagai duta yang berlangsung di De.Wan 1958 By Chef Wan, Bangsar, pada Isnin.
Rezeki
Dalam pada itu, Fattah berkata, segala konten yang dihasilkan adalah sebahagian daripada tuntutan kerja dan dia hanya mahu berikan yang terbaik berbaloi dengan bayaran diterima.
Semua itu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah, kita semua tahu rezeki sudah tertulis. Apabila dapat rezeki dan tanggungjawab itu, saya hanya melakukan yang terbaik.
Fenomena atau tidak, FYP atau tidak, itu bukan kerja saya. Saya berikan yang terbaik dan peminat suka termasuk client suka, syukur alhamdulillah.
Saya cuba sibukkan diri dengan kerja. Sudah pasti saya gembira melalui momen ini (fenomena) tapi dalam masa sama saya cuba fokus.