Pelakon Fattah Amin mendedahkan enggan membuka aib meskipun mempunyai rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura.
Fattah tahu rahsia Fazura
Ketika ditemui , Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia dan Fazura telah pun berjanji untuk tidak membuka aib berhubung rumah tangga mereka seperti dipersetujui di mahkamah.
Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka aib masing-masing.
Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langgar perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka aib).
Fattah tak nak Fatima tahu mummy, daddy dia bergaduh
Susulan daripada itu, aktor berusia 34 tahun ini berharap agar tidak ada lagi aib rumah tangga yang didedahkan kepada pihak luar kerana tidak mahu anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya terkesan dengan perkara terbabit.
Memalukan kita semua terutamanya anak saya nanti dia besar tengok mummy daddy dia bergaduh, saya tak nak dan kasihankan dia.
Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.