Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFattah Amin Tak Tahu Lagu Duet Dengan Fazura Bakal Lancar, Perceraian Bukan...

    Fattah Amin Tak Tahu Lagu Duet Dengan Fazura Bakal Lancar, Perceraian Bukan Gimik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh aktor itu menggunakan isu perceraiannya sebagai gimik untuk mempromosikan single duet bersama bekas isterinya, Nur Fazura.

    Fattah tak tahu single duet bakal dilancar

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Sakirin Acha atau lebih mesra dengan panggilan Acha mendedahkan pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single ‘Bertahan Demi Cinta’ yang dikhabarkan bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini.

    Siapa yang lancar kan lagu pula, dari pihak Fattah memang tak tahu apa ni. Pelik.

    Sementara memetik laporan Harian Metro, Acha memaklumkam bahawa lagu tersebut termasuk muzik video sudah lama dirakam malah pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2 yang dibintangi oleh Fattah dan Fazura.

    Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang.

    Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul.

    Dalam pada itu, Acha turut berkongsi keadaan Fattah kini dalam keadaan baik-baik sahaja selain berharap agar aktor itu tabah dan reda dengan apa yang berlaku.

    Insya-Allah Fattah baik-baik saja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku ini membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut, tapi saya harap dia reda.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    ALSO READ:  Cium & Minum Air Cuci Kaki Ibu ‘Rahsia’ Rizki Juniansyah Menang Emas Di Olimpik

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts