Selepas mencuba pelbagai cara untuk merapatkan Fattah Amin dan Wanna Ali tapi tetap tak berhasil, Khatijah (Liza Abdullah) dan Alawiyah (Datin Sri Umie Aida) mencuba pula taktik memberi air jampi.
Segera bertunang
Resah dengan rancangan Habsah (Fazlina Ahmad Daud), Khatijah mencadangkan supaya mereka segera menunangkan Fattah Amin (Jazlan) dengan Wanna Ali (Kasih). Khatijah risau Jazlan akan tertarik pada anak Habsah yang lebih sesuai dengan citarasa Jazlan.
Alawiyah berharap pertunangan itu akan membantu mereka berkenalan dan jatuh cinta. Khatijah setuju, dan mereka merancang untuk memberitahu anak masing-masing.
Minggu lepas, Jazlan menyuarakan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya dan sekarang Jazlan sibuk menguruskan visanya untuk pergi melanjutkan pelajarannya di Madinah. Dalam masa yang sama emaknya Alawiyah dan Khadijah masih tidak berputus asa untuk menjodohkan anak mereka.
Mereka cuba memberi air yang di baca ayat doa al-Quran kepada anak mereka dengan harapan mereka terbuka hati untuk menerima antara satu sama lain. Namun Jazlan dan Kasih mula curiga akan sikap emak mereka.
Risau nak sambung pelajaran
Alawiyah sangat risau apabila Jazlan ingin menyambung pelajarannya kembali, jauh dari keluarga kerana takut akan Jazlan jatuh hati dengan orang lain. Namun Jazlan membuat pengakuan bahawa dia sudah jatuh hati.
Jazlan membuat pengakuan yang dia suka dan ada hati terhadap Fatimah. Walau bagaimanapun, emaknya tidak bersetuju dengan pilihan Jazlan dan menyatakan ketidaksenangannya kerana dia pentingkan nasab.
Disebabkan Fatimah bukan daripada keluarga sharifah membuatkan emaknya tidak bersetuju.
Alawiyah dan Khatijah berpakat untuk menghantar kasih menunaikan Umrah dengan harapan Kasih dan Jazlan akan bertemu. Pada masa yang sama, teman lelaki Kasih kantoi beberapa kali keluar berdua dengan kawan baiknya.
Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah berjaya? Dapatkah Kasih mengubati hatinya yang terluka disebabkan teman lelakinya curang? Adakah pertemuan Kasih dan Jazlan ketika menunaikan Umrah akan mengubah segalanya?
Saksikan Lelaki Melayu Terakhir di TV3 menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.
Drama bersiri 26 episod terbitan Rumah Karya Cinta yang diarahkan oleh Amor Rizan ini menampilkan barisan pelakon ternama dan berbakat seperti Fattah Amin, Wanna Ali, Datin Sri Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Fazlina Ahmad Daud, Nabil Aqil, Zarul Imran dan ramai lagi.