Nama pelakon Fattah Amin, 34, terus menjadi fenomena dan kegilaan peminat.
Sold out!
Hal ini terbukti apabila barangan ‘merchandise’ yang dikeluarkan Fattah habis terjual dalam tempoh dua minit.
Pada Isnin, Fattah menerusi sesi siaran langsung di TikTok telah melancarkan ‘merchandise’ edisi terhad miliknya iaitu baju.
Baju jenis t-shirt tersebut datang dengan tiga warna berbeza iaitu biru muda, hitam dan coklat serta dijual pada harga RM74 sehelai.
Kata aktor tersebut, baju berkenaan boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan kerana rekaannya yang ‘oversize’.
Dalam siaran langsung itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bersyukur dengan sambutan diberikan peminat dan tidak menyangka baju tersebut habis terjual dengan begitu pantas.
Sementara itu, rata-rata peminat turut tumpang gembira dengan rezeki yang dikurniakan kepada Fattah.
Wargamaya berharap, bekas suami kepada aktres Nur Fazura dapat mengeluarkan lebih banyak ‘merchandise’ supaya tiada peminat yang ‘kempunan’.