Prihatin dengan musibah yang melanda rakyat Pantai Timur, pelakon Fattah Amin yang kini berada di Makkah menitipkan doa kepada mangsa banjir.
Doa buat mangsa banjir
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendoakan segala urusan mangsa banjir dipermudahkan.
Saya doakan pada semua mangsa banjir supaya Allah bantu mudahkan urusan semuanya.
Dalam pada itu, Fattah mengambil kesempatan untuk membacakan doa yang dikirimkan kepadanya.
Insya-Allah siapa yang ada atau nak kirimkan doa saya akan cuba baca kan, yang saya tak sempat baca kiriman doa saya mintak maaf ya.
Terdahulu, Fattah memaklumkan dia berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah.