Pelakon kacak, Fattah Amin membuat keputusan dengan menolak komisen hasil jualan kambing perap di TikTok, baru-baru ini.
Fattah Amin tolak komisen
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin sebaliknya meminta syarikat jenama kambing perap itu untuk menginfakkan kesemua komisen yang diterimanya kepada golongan yang memerlukan.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh syarikat kambing perap itu dengan memuat naik perbualan mereka bersama pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di group WhatsApp.
Kami kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil satu sen atas penat lelah menjual kambing. Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan.
Kami minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Semoga dibalas segala kebaikan Fattah Amin.
Meskipun begitu, mereka tidak mendedahkan amaun sebenar yang diterima Fattah.
Difahamkan, aktor itu berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.