Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFauziah Ahmad Daud Mentua Dari Neraka?

    Fauziah Ahmad Daud Mentua Dari Neraka?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Apabila sebuah keluarga yang kelihatan sempurna mula terpecah-belah kerana cinta dan prinsip, konflik menjadi semakin rumit. Mentua, membawa anda menelusuri hubungan yang penuh teka-teki antara seorang ibu mertua yang dominan dan seorang bakal menantu yang berani menentang arus.

    Kehidupan yang sempurna

    Drama sensasi Mentua, semakin mendebarkan. Azizah (Fauziah Ahmad Daud), CEO di Bayu Textile yang tegas dan dominan.  Setiap keputusan yang dibuatnya di pejabat dianggap ‘undang-undang’ yang harus dipatuhi.

    Namun, tidak cukup dengan dominasi di tempat kerja, Azizah membawa sikap tegas itu ke rumah, memastikan suami, Husin (Datuk Jalaluddin Hassan), dan anak-anaknya, Amir (Syarul Ezani) dan Azim (Apich Lo), mematuhi setiap kehendaknya. Baginya, kehidupan yang sempurna bukan hanya sebuah impian tetapi satu keperluan yang mesti direalisasikan.

    Kemelut menjadi hangat apabila sebuah video Amir melamar Emilia, pengasas Juwita Valet yang juga pesaing utama ibunya, tular di media sosial. Azizah yang selalu yakin bahawa Amir, anak kesayangannya, pasti akan meminta restunya terlebih dahulu, terpaksa berhadapan dengan kenyataan pahit.

    Lebih mengejutkan, Amir pulang ke rumah bersama Emilia dan dengan penuh keyakinan memperkenalkannya sebagai bakal isterinya. Namun, kehadiran Emilia tidak disambut mesra oleh Azizah, yang sejak awal lagi tidak merestui perhubungan ini.

    Walaupun Emilia cuba bersikap positif, bayang-bayang keraguan dan prejudis Azizah terus menghantui setiap langkahnya. Setiap tindak tanduk Emilia dianggap tidak kena di mata Azizah.

    Bapa Amir, Husin, sebaliknya menyambut Emilia dengan ramah dan terbuka, tetapi keadaan menjadi tegang apabila Azizah dan Husin bertelingkah mengenai masa depan anak mereka.

    Azizah yang berpendirian tegas menolak hubungan ini terus menyuarakan keraguannya mengenai kesesuaian Emilia sebagai isteri Amir, terutamanya dari aspek usia dan kemampuan untuk memberikan zuriat.

    ALSO READ:  Aina Abdul Bakal Lancar Lagu Duet Bersama Fabio Asher Ciptaan Melly Goeslaw, Peminat Luah Rasa Teruja – ‘Confirm Mega!’

    Tanpa diduga, Amir mengambil keputusan drastik untuk menikahi Emilia secara rahsia. Apakah yang akan berlaku apabila rahsia perkahwinan ini terbongkar?

    Bagaimana reaksi Azizah yang selama ini telah menolak keras Emilia? Adakah dia akan merestui perkahwinan ini atau sebaliknya akan merancang sesuatu untuk memisahkan mereka? Mampukah Emilia membuktikan dirinya sebagai pilihan yang tepat untuk Amir, atau adakah cabaran baru akan muncul mengancam hubungan mereka?

    Pertentangan antara ibu dan anak semakin panas. Adakah Azizah mampu menerima menantu pilihan anaknya?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts