Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFauziah Ahmad Daud Syukur 4 Tahun Jadi Sukarelawan Yayasan Ammirul Ummah, Sasar...

    Fauziah Ahmad Daud Syukur 4 Tahun Jadi Sukarelawan Yayasan Ammirul Ummah, Sasar Agih Sejuta Al-Quran – ‘Ia Bawa Perubahan Besar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebanyak sejuta Al-Quran disasarkan untuk diagih sempena penganjuran Program Sayangi Al-Quran oleh Yayasan Ammirul Ummah (YAU).

    Program Sayangi Al-Quran memfokuskan kepada penyaluran wakaf Al-Quran kepada komuniti yang memerlukan, manakala program Satu Juta Bisa Baca Al-Quran (SAQURA) bertujuan mendidik dan membimbing satu juta individu untuk membaca dan memahami Al-Quran dengan lancar.

    Rasa cinta terhadap Al-Quran

    Pelakon berpengalaman, Fauziah Datuk Ahmad Daud, 62, yang bertindak sebagai Sukarelawan Premium YAU meluahkan rasa syukur kerana program berteraskan agama ini telah memberi impak di dalam kehidupannya.

    Saya telah bersama yayasan ini sejak empat tahun lalu dan amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini.

    Saya menyaksikan sendiri program yang dijalankan bawa perubahan besar bukan saja kepada kehidupan saya tetapi ramai insan di luar sana.

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Azura tersebut juga akan mencuba sedaya upaya untuk menggalakkan ramai lagi rakan artis agar dapat menglibatkan diri mereka menerusi program ini.

    InsyaAllah saya akan mengajak lebih ramai lagi golongan artis untuk turut serta agar kami dapat berdakwah dan mengumpul pahala melalui memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran.

    Fauziah berkata demikian pada majlis Pelancaran Program Sayangi Al-Quran: Mencintai dan Menyebarkan Cahaya Al-Quran ke Seluruh Alam yang berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang pada Isnin.

    Lancar bacaan Al-Quran

    Sementara itu, Pengarah YAU, Mohd Kamal Ismail memaklumkan menerusi program SAQURA, mereka menyasarkan seramai sejuta individu dapat membaca Al-Quran menjelang tahun 2030.

    Justeru, pihak YAU sedang menjalankan aktiviti untuk mengagihkan Al-Quran ke Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand demi menjayakan program tersebut.

    Kedua-dua program itu diperkenalkan bagi memupuk masyarakat supaya menyayangi Al Quran.

    Kami juga merancang untuk mengadakan majlis bacaan Al Quran secara serentak membabitkan peserta dari Indonesia, Thailand dan Malaysia melalui aplikasi Zoom dan mereka akan khatam bersama-sama pada bulan Ramadan nanti.

    Bukan itu sahaja, Kamal juga menyambut baik penglibatan para selebriti yang menyertai program-program yang dianjurkan YAU secara sukarela.

    Kami juga baru saja melancarkan lima program di bawah Ikon Inspirasi yang melibatkan penyertaan artis secara sukarela untuk program di bawah YAU.

    Kebanyakkan artis yang menyertai program ini akan membantu mempromosikan naskah Al Quran secara suka rela.

    Majlis yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Datuk  Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    ALSO READ:  “Suatu Hari Kalian Akan Faham Nikmat Panggilan Ibu Bapa”-Achey Sifatkan Trend Childfree Sebagai Ideologi Bodoh

    Dalam masa yang sama, antara yang turut merasmikan program tersebut adalah wakil Menteri Agama Republik Indonesia, wakil Ketua Dewan Pertimbangan Majelis Ulama Indonesia Jawa Barat, Koodinator Nasional TPQ Indonesia, serta wakil Thailand dan penaja utama program, Iman Care.

    Turut hadir adalah barisan selebriti tempatan antaranya Fazlina Ahmad Daud, Que Haider, Erma Fatima, Datuk Fauziah Nawi, Rashid Siber dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts