Pelakon, Faye Kusairi tampil bersuara selepas terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah mengenai rumah tangganya bersama pengarah drama, Azmi Hatta.
Terpaksa Kongsi Foto Bersama Suami
Menurut Faye menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia terpaksa memuatnaik foto dirinya bersama suami selepas ada yang mendakwa rumahtangga sedang bergolak.
“Terpaksalah upload gambar bersama suami. Ramai sangat risau pasal rumah tangga aku ni haa sampai sanggup memfitnah.
Relax gais, aku ni memang sejenis kurang minat nak share apa-apa sejak-sejak dah berusia ni.”-jelas Faye di Instagram
“Jagalah Tepi Kain Sendiri, Bertutur & Berpendapatlah Benda-Benda Yang Positif…”
Tambahnya lagi, Faye turut menitipkan nasihat buat orang ramai agar menjaga tepi kain sendiri serta bertutur perkara-perkara yang positif sahaja.
“Aku berniaga nasi ayam tepi jalan pun kena fitnah macam-macam. Aku tak upload hambar dengan suami pun kena fitnah macam-macam. Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah.
Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda-benda yang positif dan punya manfaat.
You should be living your life, so just focus on making yours a better one rather than comparing others and sticking your nose in other people’s life.”-titip Faye
View this post on Instagram
Sekadar info, Faye Kusairi mendirikan rumah tangga dengan Azmi Hatta pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.