Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFaye Kusairi Serik Kena Fitnah, Nafi Rumah Tangga Sedang Bermasalah – ‘Dah...

    Faye Kusairi Serik Kena Fitnah, Nafi Rumah Tangga Sedang Bermasalah – ‘Dah Berusia Ni Kurang Minat Nak Kongsi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Faye Kusairi tampil menafikan hubungan rumah tangganya didakwa sedang bergolak gara-gara tidak berkongsi foto bersama suaminya, Azmi Hatta.

    Artikel berkaitan: Faye Kusairi Nafi Jual Nasi Ayam Di Kaki Jalan Kerana Karier Lakonan Sendu

    Artikel berkaitan: Faye Kusairi Sedih Ramai Tak Dapat Rasa Nasi Ayam – ‘Minta Maaf Pada Yang Tak Dapat Beli’

    Tak suka kongsi di media sosial

    Menerusi hantaran di Instagram, dia memberitahu kurang gemar untuk berkongsi tentang kehidupan peribadinya di media sosial.

    Terpaksalah muat naik gambar bersama suami. Ramai sangat risau pasal rumah tangga aku ni sampai sanggup menfitnah.

    Relax gais, aku ni memang sejenis kurang minat nak kongsi apa-apa sejak dah berusia ni.

    Aku berniaga nasi ayam tepi jalan pun kena fitnah macam-macam. Aku tak muat naik gambar dengan suami pun kena fitnah macam-macam. Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah. Apoo…

    Jujur cakap kan, sikap aneh-aneh macam ini lah asbab aku ni makin malas nak muat naik atau layan sangat media sosial ni sebenarnya. Penat… macam tak seronok pun ada dah.

    Dalam pada itu, Faye turut memberi pesanan kepada warganet untuk tidak sibuk dengan kehidupan orang lain.

    Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda-benda yang positif dan punya manfaat.

    Kamu perlu fokus menjalani kehidupan sendiri berbanding mengambil tahu tentang kehidupan orang lain.

    Harap-harap yang baca ni sudilah terima nasihat aku yang tak seberapa ni ha.

    Untuk rekod, Faye dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Hakimi Noordin Mengaku Sudah Terbiasa Buka Baju Selepas Bersukan – ‘Semua Orang Ada Persepsi Masing-Masing’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts