Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFazley Kesal Jadi Mangsa Manipulasi AI, Siap Ada Datang Nak Beri Sumbangan...

    Fazley Kesal Jadi Mangsa Manipulasi AI, Siap Ada Datang Nak Beri Sumbangan – ‘Tolong Jangan Mudah Percaya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kesal selepas ada pihak memanipulasi wajah dan suaranya dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melakukan sindiket penipuan.

    Penipu s*al

    @fazleyyaakob PENIPU SIAL! Nak marah tapi benda ni kelakar! Dah mula dah era penyalahgunaan teknologi #Ai ? original sound – Fazley Yaakob

    Menerusi perkongsian di TikTok, Fazley menafikan dirinya memerlukan bantuan sebaliknya menjelaskan bahawa video yang tular telah disunting dengan menggunakan wajah dan suaranya.

    Pelantun lagu ‘Asmara Ini’ itu juga menitipkan ucapan terima kasih buat individu yang berkongsikan video tersebut dan berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dibuat.

    Penipu s*al! Tolong jangan mudah percaya korang dan terima kasih kepada semua yang sudi kongsikan video AI ini.

    Jom ramai-ramai report akaun ini di Facebook.

    Apa-apa pun, tabik ‘spring’ lah dekat penipu itu kerana marketing yang di luar kotak. Sampaikan rasa nak hempuk muka dia dengan kuali dodol arwah wan aku.

    Sampai ada nak beri sumbangan

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 46 ini turut berkongsi bahawa penularan video tersebut juga membuatkan dirinya menerima beberapa hantaran mesej daripada orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepadanya.

    Nak marah tapi benda ini kelakar! Dah mula dah era penyalahgunaan teknologi AI, suara, muka dan pergerakkan badan semua boleh diperdaya.

    Patutlah saya dapat mesej bertubi tubi, ‘Kilang awak ok ke?’, ‘Kesian awak, dah kering ke banjir kat kilang awak?’.

    Tadi saya berjalan-jalan di Petaling Street pun ada mak cik nak bagi saya duit. Dia cakap, ‘Fazley nah mak cik sedekah untuk awak, kesian kilang besar-besar banjir’.

    Saya terkulat-kulat seorang diri tak tahu yang saya ini sudah ketinggalan keretapi atau mak cik itu yang scammer.

    Rupa-rupanya AI Datuk Fazley yang scammer.

    Terdahulu, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming meluahkan rasa kesalnya individu tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan suara dan wajahnya bagi tujuan mempromosikan satu video iklan jualan periuk.

    ALSO READ:  Shakilla Khoriri Terharu Ameena Tawar Diri Nak Tolong Berniaga, Dia Siap Cakap ‘Kesianlah Umi’

    Jelas Khairul Aming, dia sama sekali tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti jualan selain daripada Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.

    Selain Khairul Aming dan Fazley, antara artis lain yang turut terkesan dengan penipuan ini termasuklah Datuk Aaron Aziz, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Zizan Razak.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts