Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFazley Yaakob Nafi Ada Masalah Kesihatan Lelaki Jadi Punca Cerai – ‘Azrene...

    Fazley Yaakob Nafi Ada Masalah Kesihatan Lelaki Jadi Punca Cerai – ‘Azrene Pernah Gugur 13 Kali & Kami Ada 4 Anak..Mana Tak Sihatnya?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dah cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan khabar angin yang mendakwa punca perceraian dengan bekas isteri. Datin Azrene Soraya Abdul Aziz adalah disebabkan dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki.

    Nafi ada masalah kesihatan lelaki

    Memetik laporan Astro Gempak, Fazley mengakui dia tidak tersinggung dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap ianya satu kenyataan yang tidak masul akal.

    Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari penceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.

    Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati malah saya tergelak sebab kelakar.

    Jadi perkongsian kenyataan media sosial yang mengatakan saya bercerai sebab alat sulit saya tidak berfungsi itu langsung tak betul.

    Dalam pada itu, Fazley turut menjelaskan bahawa dia sudah lama menjadi duta bagi klinik kesihatan lelaki.

    Azrene juga waktu itu pernah alami keguguran 13 kali, namun saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?

    Fazley tak nak panjangkan isu

    Sementara itu, pelantun lagu Asmara Ini memaklumkan dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan palsu individu yang berkongsi voice note mengenai berita penceraiannya dengan tajuk utamanya bertulis; ‘Alat Sulit Datuk Fazley Terkulai… Punca Isterinya Minta Cerai.’

    Ada orang nasihat dan tanya saya, ‘Fazley, tak nak saman ke perkara-perkara sebegini?’ Bagi saya, saman-menyaman ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka.

    Fazley sebelum ini mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun bersama Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad berakhir apabila mereka sah bercerai.

    Untuk rekod,  Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.

    ALSO READ:  Komposer Terkenal, Ooi Eow Jin Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts