Penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob mengesahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun bersama isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz berakhir dengan perceraian.
Fazley sah bercerai
Menerusi kenyataan rasmi, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli bin Yaakob berkata, keputusan tersebut adalah atas persetujuan kedua-dua pihak.
Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini.
Tambah Fazley lagi, hubungannya dengan bekas isteri berada dalam keadaan baik dan keempat-empat anak mereka kini di bawah hak jagaan bersama.
Fazley telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah bekas isterinya itu juga telah pun tamat pada beberapa minggu lalu.
Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.