Penyanyi, pelakon, dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitip rasa syukur melihat isterinya, Azrene Ahmad selamat tiba ke tanah air, malam tadi selepas hampir sebulan berjaya tawan dan berada di kem induk Everest Base Camp (EBC).
Fazley menerusi hantaran di Instagram , dilihat memuatnaik video dirinya yang menanti ketibaan isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi.
“She’s back! Alhamdulillah, Adik Sayang is back! Selepas 25 hari di Everest Base Camp hike, malam ini sampai jua ke Malaysia dengan selamat!”-kongsi Fazley di Instagram
“Bukan Semua Orang Boleh Lalui Apa Yang Adik Lalui Dengan Jayanya!”
Tambah Fazley, dia yang turut bangga dengan kejayaan isterinya itu mengakui tidak ramai yang mampu melalui cabaran untuk pendakian untuk tiba di EBC yang berada pada ketinggian 5,364 meter dari paras laut itu.
“Saya sangat bangga dengan awak! Bukan semua orang boleh lalui apa yang Adik lalui dengan jayanya! Zikrullah setiap langkah Tahniah!.”-titip Fazley buat Isteri
Sekadar info, Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2008 di Masjid Saidina Umar Al- Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Pasangan ini juga dikurniakan 3 orang anak lelaki , iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah, serta seorang anak perempuan, Alayna Selma.
Pencapaian yang sangat hebat! Tahniah! Apa komen anda?