Industri media dikejutkan dengan berita pemergian wartawan hiburan Fiza Kamarudin yang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 11.30 malam waktu Malaysia di Hospital Charing Cross, London pada Khamis disebabkan pendarahan dalam otak.
“Berehatlah Sahabatku…”
Khabar duka tersebut turut dikongsikan oleh pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi hantaran di Instagram, yang terkesan dengan pemergian mengejut sahabatnya itu.
Kongsi Fazley, dirinya dan Allahyarhamah sempat berbicara panjang mengenai penyakit yang dihidapi serta keberkesanan rawatan yang bakal dilalui. Difahamkan, Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada Julai 2018.
“Saya terkesan benar apabila menerima perkabaran duka sahabat saya telah pergi secara mengejut ketika di hujung percutiannya bersama keluarga tercinta. Kami baru berbicara panjang tentang keadaan beliau. Baru juga berjanji bahawa saya akan masakkan Pasta Daging Salai buat beliau minggu depan sepatutnya.
Ketika arwah baru mendapat berita tentang penyakitnya. Hampir setiap hari kami berhubung, malahan saya beliau minta untuk diyakinkan keberkesanan rawatan yang bakal dilalui.
Moga tenang Fiza disana, berehatlah sahabatku. Terima kasih diatas setiap butiran kata-kata indah di dalam penulisanmu buatku selama ini 😭 Takziah buat keluarga arwah. “-kongsi Fazley Yaakob di Instagram
View this post on Instagram
Dibanjiri Ucapan Takziah
Perkongsian Fazley dibanjiri dengan komen netizen yang tampil memberikan ucapan takziah buat Allahyarhamah Siti Norhafiza Kamarudin.
Al-Fatihah…