Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFazlina Ahmad Daud Bersuara Apabila Disuruh Membuka Tudung, Industri Seni Semakin Merepek

    Fazlina Ahmad Daud Bersuara Apabila Disuruh Membuka Tudung, Industri Seni Semakin Merepek

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan Fazlina binti Dato’ Ahmad Daud yang merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

    Dia merupakan adik kepada Ogy Ahmad Daud, seorang anak kepada seniman Dato’ Ahmad Daud dan primadona filem melayu, Datin Saadiah.

    Diakui, setiap watak dan lakonan yang dibawa olehnya sentiasa memberikan kesan kepada penonton, tidak kira samada watak antagonis, watak baik dan sebagainya.

    Memuat Naik Hantaran Di instagram

    Terbaru, Fazlina ada memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya mengenai kerjayanya sebagai seorang pelakon.

    Dalam hantaran tersebut, dia menyatakan kekesalannya apabila disuruh oleh pihak produksi untuk membuka tudung sedangkan pada ketika ini kita sedia maklum bahawa dia sudah memakai tudung.

    Bila tidak bertudung, mereka suruh pakai tudung.

    Bila dah bertudung mereka suruh membuka tudung pula.

    Apa da punya industri.

    Baginya, perkara seperti ini adalah perkara yang agak merepek yang dia perlu hadap dalam industri seni.

    Percaya Dengan Rezeki Allah

    via Instagram Fazlina Ahmad Daud

    Baginya, bukan setakat isu membuka tudung. Terdapat isu-isu lain juga seperti kroni, pihak produksi mendiamkan diri walaupun telah bersetuju, tiada bajet dan macam-macam lagi.

    Yup! Benda merepek aku kena hadap.

    Macam-macam peel orang industri sekarang.

    Suruh buka tudung la, kroni la, dah setuju tapi senyap, tiada bajet la. Eh macam-macam la.

    Tiada tawaran kerja tiada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain.

    Baginya, dia tiada masalah sekiranya tidak mendapat tawaran kerja kerana dia yakin dengan rezeki yang Allah akan bagi kepadanya.

    Hantaran tersebut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti dan juga netizen.

    Rata-rata mendoakan agar Fazlina terus istiqhomah dan bersetuju dengan apa yang yang kenyataan Fazlina mengenai rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Shila Amzah Curi Perhatian Ramai!-“Dah Besar & Hensem Seth Uwais Ni”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts