Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFazura Balas DM Peminat, Minta Jangan Sedih Lihat Dirinya Menyanyi Seorang Diri...

    Fazura Balas DM Peminat, Minta Jangan Sedih Lihat Dirinya Menyanyi Seorang Diri – ‘Hati Pun Dah Tak Ada Sepenuhnya Pada Yang Lepas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Meskipun menerima pelbagai kritikan, namun masih ada peminat yang prihatin terhadap pelakon dan penyanyi, Fazura.

    Peminat sedih

    Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin memuat naik mesej perbualan antara dirinya dan Fazura di ruangan direct message (DM) Instagram.

    Sebagai peminat, Fatin meluahkan rasa sedih apabila melihat Fazura menyanyi seorang diri.

    Saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi dalam hati berkata, kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyikan lagu itu tanpa setitis air mata pun.

    Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata.

    Serius, memang awak kuat. Semoga diberikan kebahagiaan.

    Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin kemudian membalas mesej tersebut dengan mengakui bahawa sudah tiada lagi sinar cinta dan dia kini berada dalam keadaan tenang.

    Jangan sedih! Alhamdulillah hati pun sudah tidak ada sepenuhnya pada yang lepas.

    Saya gembira dan tenang sangat.

    Terima kasih Fatin, jaga diri dan gembira selalu.

    Wanita tersebut bersyukur dengan respons yang diberikan aktres berusia 41 tahun itu dan menyatakan akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya.

    Fazura di mata peminat

    fazura fazura

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon filem Gol dan Gincu itu sebagai seorang wanita yang tabah dan sentiasa merendah diri apabila melayan peminat.

    Inilah Fazura, satu-satunya artis dengan ‘followers’ berjuta tapi tetap membalas mesej peminat yang tidak dikenali pun. Mesej saya pun dia pernah balas.

    Kesian dia kena pergi promosi dan menyanyi lagu itu seorang diri di sana, tapi royalti mestilah kena bahagi dua bukan?

    Walaupun orang kecam suara dia, aku suka semangat dia. Dia tak ada pun melenting bila artis-artis lain perli, dia diam sahaja. Cuba orang lain mesti sudah kena saman.

    Terdahulu, Fazura berkesempatan menyanyikan sebuah lagu duet bersama bekas suaminya, Fattah Amin yang berjudul Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program di Indonesia.

    ALSO READ:  ‘Yang Mengata Tentang Eyelash Saya, Maaf! Gluenya Tak Bagus Jadi Bulu Mata Tu Nampak Senget’

    Sebelum itu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts