Pelakon Nur Fazura didakwa membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dipercayai memuat naik hantaran fitnah di Instagram (IG).
Fazura buat laporan polis
Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pada Khamis dipercayai berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai fitnah daripada pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pelakon wanita itu.
Terdahulu Fazura memuat naik foto berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya namun tidak menyatakan sebab kehadirannya di balai polis terbabit.