Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFazura Fail Cerai Sehari Sebelum Birthday Fattah Amin, Namun Ucapan Anak Mereka...

    Fazura Fail Cerai Sehari Sebelum Birthday Fattah Amin, Namun Ucapan Anak Mereka Fatimah Undang Sebak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Barangkali sambutan ulang tahun kelahiran pelakon Fattah Amin tahun ini tidak seindah tahun-tahun sebelumnya. Di kala kebiasaannya ulang tahun disambut dengan penuh kemeriahan bersama keluarga dan peminat, kali ini ia dihiasi dengan berita yang menyentuh hati.

    Semalam, isteri tercintanya, Nur Fazura, memfailkan perceraian setelah tujuh tahun membina mahligai cinta bersama. Ujian besar ini hadir di saat Fattah menyambut ulang tahunnya yang ke-34.

    Walaupun situasi yang melanda keluarga mereka sukar, permata hati mereka, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun, masih tidak melupakan hari istimewa buat ayahnya. Menerusi satu hantaran di akaun Instagram @Fattzuralovelife, Fatima mengucapkan selamat hari jadi kepada ayahanda tercinta dengan penuh kasih sayang.

    “Happy birthday Daddy. Enjoy your special day. Love, Fatima,” tulisnya di ruangan kapsyen, disertai dengan beberapa foto yang memaparkan momen bahagia mereka bersama.

    Namun, di sebalik kegembiraan ucapan itu, suasana di bahagian komen hantaran tersebut jelas menggambarkan kesedihan netizen yang mengikuti perkembangan keluarga ini.

    Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap Fattah, Fazura, dan Fatima, sambil mengharapkan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

    “Sedihnya. Moga yang baik-baik sahaja buat kalian sekeluarga. Selamat hari jadi Fattah,” tulis seorang netizen.

    “Seorang isteri yang kuat. Hati tengah bersedih tetapi tetap kongsi gambar suami dan anak sempena hari lahir suami. Terasa sampai sini,” komen seorang lagi, menzahirkan kekaguman terhadap ketabahan Fazura.

    Kisah pergolakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula tular di media sosial sejak semalam, sebaik sahaja berita perceraian tersebar.

    Lebih menghangatkan keadaan, seorang pengawal peribadi Fazura mendedahkan wujudnya orang ketiga dalam perkahwinan mereka, menyebabkan spekulasi semakin hangat diperkatakan.

    Namun, dalam kesulitan ini, Fattah Amin masih tetap menunjukkan cintanya terhadap isteri. Dia mengakui masih menyayangi Fazura dan berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

    ALSO READ:  Harris Annuar Kongsi Keadaan Terkini Kak Ton, Dedah Terkena Tempias Sihir Ibu – ‘Saya Pernah Nampak Pocong’

    Perceraian yang tidak dijangka ini meninggalkan tanda tanya besar buat peminat yang sentiasa mendukung pasangan ini sebagai ikon cinta sempurna. Walau apa pun yang terjadi, ramai yang mendoakan agar Fattah, Fazura, dan anak mereka, Fatima, menemui kedamaian dan kebahagiaan di masa hadapan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts