Pelakon dan usahawan, Fazura nekad meneruskan perceraian dengan suami, Fattah Amin demi maruahnya sebagai seorang wanita.
‘Demi maruah Faz sebagai wanita’
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, keputusannya itu juga adalah demi kesejahteraan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.
Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa serta kata-kata semanagat buat dirinya. Dia juga berharap agar segala urusan dan proses perceraian ini dapat berjalan dengan lancar.
Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua.
Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.