Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFazura Selesai Jalani Tempoh Idah – ‘The End Of It All &...

    Fazura Selesai Jalani Tempoh Idah – ‘The End Of It All & The Beginning Of Everything’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perkongsian terbaharu, pelakon dan penyanyi iaitu Nur Fazura di Instagram menarik perhatian ramai.

    Fazura dah habis iddah

    Menerusi hantaran tersebut, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi kata-kata tentang sesuatu pengakhiran adalah permulaan bagi segala-galanya.

    The end of it all and the beginning of everything.

    Dalam kapsyen yang sama, bekas isteri kepada pelakon, Fattah Amin memberitahu dirinya sudah tamat tempoh iddah selepas sah bercerai pada Oktober lalu.

    Ketenanganku, end of iddah, alhamdulillah, love all around.

    Kata-kata semangat buat Fazura

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Fazura dan anak, Fatima diberi kebahagiaan.

    Sayang mama ke Faz dan Fatima tak akan berganjak dari mula hingga akhirnya. InsyaAllah Tabarakallah, bahagia dan berjaya kini hingga ke hadapan.

    All the best kak Faz untuk masa depan. Awak sendiri tentukan masa depan dan kebahagiaan awak.

    Alhamdulillah, segala doa yang terbaik buat Nur Fazura Sharifuddin kesayanganku ini.

    Semoga yang indah dan baik saja di hari mendatang.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada 7 Oktober lalu dan lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.

    Walau bagaimanapun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Netizen Pakat Tak Izin Fazura Dan Fattah Bercerai, Ramai Mendoakan Mereka Tak Jadi Cerai
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts