Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya mengingati orang ramai bahawa dunia semakin hampir dengan kiamat susulan kes pembunuhan yang semakin meningkat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Syukur Anak Dapat 8A UPKK – ‘Kakak Study Sampai Renyuk Buku’
Artikel berkaitan: Ditanya Mengenai Kantin Buka Masa Bulan Ramadan, Ini Respon Fedtri Yahya – ‘Perlu Sesuai Dengan Kadar Akal & Kemampuan’
Tanda-tanda akhir zaman
Menerusi hantaran di TikTok, Fedtri memuat naik tajuk berita yang menyatakan ‘Maraknya pembunuhan tanda akhir zaman’ dan berkongsi hadis mengenai perkara tersebut.
Ketahuilah bahawa peristiwa pembunuhan merupakan antara isyarat yang semakin jelas kelihatan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: ‘Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana.
Abu Musa berkata: ‘al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi.’ (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Menurut Fedtri, punca seseorang bertindak di luar batasan waras manusia adalah disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat.
Gaya hidup tak sihat, termasuk kurangnya aktiviti fizikal, pola tidur yang buruk dan membiasakan makan sajian tidak sihat, sekaligus menjadi faktor intelektual menurun.
Apabila minda bercelaru dan pemikiran tidak stabil, ia mendorong seseorang bertindak di luar kawalan sehingga sanggup melakukan perkara ‘lari’ daripada batasan waras manusia.
Dalam pada itu, terdapat juga hadis yang menyatakan tanda-tanda akhir zaman adalah jumlah kes pembunuhan sama bilangannya seperti penghijrahan kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda: ‘Ibadah pada saat terjadinya al-Harj (pembunuhan) adalah seperti orang yang hijrah kepadaku.’ (Hadis Riwayat Muslim)
Ungkapan hadis itu jelas memberitahu, nilai ibadah pada zaman banyaknya berlaku pembunuhan sama dengan nilai hijrah kepada Rasulullah SAW.
Disebabkan itulah Islam begitu mengharamkan sebarang bentuk kemudaratan, kezaliman, penganiayaan dan pembunuhan ke atas orang lain tanpa hak.