Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFeeya Iskandar Sebak Kehilangan Ibu Mentua – ‘Sepanjang Jadi Menantu Saya Tak...

    Feeya Iskandar Sebak Kehilangan Ibu Mentua – ‘Sepanjang Jadi Menantu Saya Tak Pernah Berbalah Dengan Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyampai radio, Feeya Iskandar meluahkan rasa sedih selepas kehilangan ibu mentuanya yang meninggal dunia pada Ahad.

    Kehilangan yang dirasai

    feeyafeeya

    Ketika ditemui Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah berkongsi tentang keadaan ibu mentuanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

    Cik Piah menyatakan bahawa dia serta keluarga sama sekali tidak menyangka ibu mentuanya akan meninggalkan mereka dalam bulan Ramadan.

    Dia memang dah tak sihat, dalam dua tiga hari dia sudah nampak lemah. Bila tengok keadaan dia, kami ingatkan kena bawa ke hospital, makan ubat dan keadaan dia akan okay semula selepas itu.

    Tapi tak sangka pula dia akan pergi secepat itu, semalam (Ahad) Allah ambil nyawa dia. Kami seluruh ahli keluarga reda dengan pemergiaan dia.

    Bercerita lanjut, Cik Piah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bergaduh dengan ibu mentuanya dan menyifatkan arwah adalah seorang wanita yang penyayang.

    Sepanjang jadi menantu, saya tak pernah pun berbalah dengan dia. Dia tak pernah pun masuk campur dalam rumah tangga kami atau back up anak dia.

    Saya sempat tengok dia pergi, Alhamdulillah sangat tenang dan mudah. Pengakhiran yang sangat baik.

    Feeya berkata demikian ketika pada sidang media kempen Raikan Yang Dirai bersempena sambutan hari raya anjuran Suria FM yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur malam tadi.

    Tetap beri komitmen

    feeyafeeya

    Dalam perkembangan lain, penyampai radio berusia 35 tahun tersebut juga tidak bercuti panjang malah tetap meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

    Ia susulan Cik Piah telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di dalam drama pendek yang diterbitkan oleh Suria FM sempena sambutan aidilfitri.

    Sedih memang sedih, memang orang nampak kita ketawa tapi hakikatnya..dan saya pun tak boleh sedih lama-lama.

    Sepatutnya saya masih cuti tapi saya on-air juga sebab semuanya pun dah selamat. Suami saya pun dah bagi keizinan walaupun tak boleh ketepikan perasaan tetapi komitmen perlu diberikan.

    Saya pula diberikan watak utama, takkan saya tak datang sidang media ini.

    Untuk info, pendek berjudul Suami Raya itu turut menampilkan Azlee Senario dan Shuib selain membariskan semua penyampai radio Suria FM.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bunga Isme Akui Sudah Berkahwin Tahun Lepas – ‘Rezeki Datang Lebih Awal’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts