Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFenomena Mawi Kembali, Konsert Tsumawi 20th Mawi World Bakal Gegarkan Kuala Lumpur...

    Fenomena Mawi Kembali, Konsert Tsumawi 20th Mawi World Bakal Gegarkan Kuala Lumpur – ‘Ini Hadiah Untuk Peminat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Impian penyanyi, Mawi untuk beraksi di pentas besar akhirnya tercapai apabila dia mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun hadapan.

    Konsert Tsumawi 20th Mawi World

    Ketika ditemui , Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani meluahkan rasa syukur atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mengadakan konsert sempena 20 tahun pembabitannya dalam industri muzik tanah air.

    Konsert solo pertama saya pada tahun 2006, dan pada tahun 2025 saya akan adakan konsert solo. Dah 19 tahun, baru je nak buat konsert.

    Pada dasarnya saya ahu meraikan ulang tajim ke-20 bergelar penyanyi. Sebelum ini sudah ada perancangan dilakukan tetapi belum diizinkan-Nya. Hanya baru sekarang ia akan direalisasikan.

    Pelantun lagu Kian ini juga berkata, konsert yang bakal berlangsung ini merupakan hadiah buat para peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.

    Saya pun tak sangka akan datang kembali dalam industri hiburan, sebab pernah suatu ketika saya tak nak menyanyi dah tapi ceritanya masih lagi diteruskan. Kita masing-masing ada tugas.

    Ini hadiah untuk peminat dan sebagai tanda saya masih berada dalam industri nyanyian.

    Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung di Megastar Arena pada 25 Januari 2025.

    Konsert yang bakal mencipta kembali fenomena ‘Mawi World’ ini menyasarkan sebanyak 5,000 penonton yang akan hadir.

    Mawi juga akan menggunakan khidmat Oja sebagai Pengarah Muzik dan memilih barisan pemain muzik professional selain psukan teknikal terbaik untuk memastikan kelancaran dan kepuasan penonton yang hadir nanti.

    Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in Kuala Lumpur dibawakan khas oleh ShowTag Entertainment dengan kerjasama beberapa rakan strategik termasuklah Sinar FM dan Zayyan FM.

    ALSO READ:  Datuk Red Melihat Potensi Untuk Menyelamatkan Rumah Tangga - 'Adira Masih Memerlukan Saya'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts