Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFestival Ramadan Putrajaya 2024: Kumpulan 1,000 Peniaga, Sasar 1 Juta Pengunjung

    Festival Ramadan Putrajaya 2024: Kumpulan 1,000 Peniaga, Sasar 1 Juta Pengunjung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    FESTIVAL RAMADANFESTIVAL RAMADAN

    Perbadanan Putrajaya(PPj) mengumumkan acara Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP 2024) kembali buat tahun ke-12.

    Kali ini, FRP 2024 tampil dengan skala yang lebih besar dengan hampir seribu peniaga melibatkan lima lokasi bazar ramadan (12 Mac hingga 9 April 2024) dan satu lokasi Bazar Mega Aidilfitri yang akan bermula pada 8 Mac hingga 9 April.

    Bahagi lima bahagian

    bazar perbadanan putrajayabazar perbadanan putrajaya

    Menurut Pengarah Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya iaitu Encik Jeffri Mustapa berkata, Festival Ramadan Putrajaya 2024 terbahagi kepada lima komponen utama iaitu iaitu lima lokasi Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck Ramadan.

    Katanya, tema masih mengekalkan seperti tahun lepas iaitu Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran.

    PPj juga melihat FRP24 sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.

    Rata-rata mereka melihat FRP sebagai satu hub perniagaan sehenti yang komprehensif terutama pada bulan Ramadan dan musim perayaan.

    Saban tahun, PPj melihat penganjuran festival ini semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Untuk rekod, tahun 2023 telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang.

    Ada healing station

    healing station putrajayahealing station putrajaya

    Sementara itu, Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd, Encik Shahrul Musa, menyatakan Jualan Anjung Syawal dengan tema ‘1001 warna lebaran’ diilhamkan oleh budaya Timur Tengah.

    Bukan itu saja, cerita Shahrul, Jualan Anjung Syawal juga menyediakan Healing Station buat keselesaan dan kemudahan pengunjung.

    Elemen dan konsep ini juga diyakini dapat menambah kemeriahan dalam menyambut Ramadan dan lebaran di FRP 2024.

    Bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada orang ramai, saya yakin lebih ramai peniaga dan usahawan tempatan dapat meraih peluang untuk menjana ekonomi masing-masing.

    Tambah Shahrul lagi, pihaknya juga berbesar hati kerana Jualan Anjung Syawal kali ini menyaksikan penglibatan lebih 100 usahawan daripada pelbagai cabang perniagaan.

    Kami di Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd juga berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan PPJ untuk meneruskan Jualan Anjung Syawal buat kali kedua. Sehubungan itu, pelbagai kelainan ditampilkan sempena penganjuran tahun ini.

    Kami juga berkolaborasi dengan penaja iaitu Quaker dan Minaz serta rakan strategik untuk memeriahkan lagi festival seperti Rantai Arts, Tempatan Fest dan Semboyan Malaysia.

    Pada tahun ini juga, PPj ingin mengumumkan bahawa FRP2024 akan berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, Tik Tok.

    ALSO READ:  [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’

    Dengan menggunakan Tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya, kolaborasi bersama Tik Tok ini akan memberi peluang kepada semua usahawan di FRP 2024 membuat promosi produk masing-masing bersama pempengaruh.

    Menerusi jalinan kerjasama ini, diyakini mampu mengembalikan kuasa beli orang ramai terutama dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

    Jualan Mega Aidilfitri sempena FRP2024 dikenali sebagai Jualan Anjung Syawal Bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3 Putrajaya, FRP 2024 dianjurkan dengan kerjasama Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd tahun ini menyuntik kelainan pada festival kali  ini yang mengetengahkan elemen Timur Tengah bagi memberikan suasana menarik buat pengunjung.

    Selain itu, pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu Kesenian (minggu pertama), Kecantikan (minggu kedua), Sukan (minggu ketiga) dan Islamik (minggu keempat).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts