Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFikry Ibrahim, Chacha Maembong, Bella Dowanna & Trisha Ooi Antara Selebriti Yang...

    Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Bella Dowanna & Trisha Ooi Antara Selebriti Yang Bakal Meriahkan Fiesta Belia Merdeka 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fiesta Belia Merdeka 2024 bakal berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Fiesta Belia Merdeka 2024

    Acara ini dianjurkan oleh KL Care dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia seperti International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).

    Menurut Pengerusi KL Care iaitu Shafiq Saharudin, program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda.

    Acara ini juga menjadi platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut.

    Fiesta Belia Merdeka 2024 ini juga dapat membantu belia untuk meneroka peluang kerjaya dan latihan untuk perancangan masa hadapan.

    Ujar Shafiq, antara acara utama yang akan berlangsung ialah Fitness Dance Marathon, Karnival Kerjaya oleh PERKESO, Bike Show, Forum Belia Berisiko, Pertandingan Filem Pendek, Hari Rock Negara dan Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

    Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir juga berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti popular tanah air antaranya ialah Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Bella Dowanna, Wan Raja Lawak, Trisha Ooi dan ramai lagi.

    Selain itu, turut menjadi tarikan ramai adalah Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada hari sama sekitar jam 7 malam.

    Antara barisan penyanyi yang akan menggegarkan pentas Hari Rock Negara adalah kumpulan Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara, Kugiran D’ Tepi Pantai dan banyak lagi.

    Di akhir temu bual, Shafiq berkata meskipun ini kali pertama KL Care menganjurkan karnival yang berskala besar seperti Fiesta Belia Merdeka 2024, tetapi pihaknya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan.

    ALSO READ:  Serangan Lelaki dengan Pedang di Kampung, Satu Mangsa Maut Didakwa Diganas

    Difahamkan, Fiesta Belia Merdeka 2024 ini mendapat sokongan penuh daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Azman Hj Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts