Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFikry Kiki Sangkal Tuduhan Dibela ‘Sugar Mummy’ Seksi, Duit Pelaburan RM600K Hasil...

    Fikry Kiki Sangkal Tuduhan Dibela ‘Sugar Mummy’ Seksi, Duit Pelaburan RM600K Hasil Simpanan Sendiri – ‘Saya Masih Ingat Dosa Pahala’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fikry Kiki anak ikan 22Fikry Kiki anak ikan 22

    ‘Saya masih ingat dosa pahala.’ Demikian respon pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Fikry Kiki yang didakwa dibela oleh ‘sugar mummy’ demi untuk menjalankan bisnes kopi tanpa bancuh berbentuk cecair, Liquffe.

    Jadi anak ikan?

    Fikry Kiki anak ikanFikry Kiki anak ikan

    Ketika ditemui , Fikry mengakui mengetahui mengenai dakwaan segelintir netizen yang menuduh kononnya dia adalah ‘anak ikan’ kepada pempengaruh seksi, Bulan.

    Tegas Fikry, 20, dia tidak tergamak untuk merendahkan maruah diri serta melakukan perkara yang ditegah agama demi kelangsungan hidup.

    Tidak dinafikan, mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, walaupun sudah berlakon sejak umur lima tahun.

    Namun, itu bukan alasan untuk saya ‘menjual’ diri saya jadi ‘anak ikan’ atau dibela sesiapa dengan tujuan untuk hidup kaya. Tidak sama sekali.

    Saya masih ingat dosa pahala. Arwah ayah dan ibu saya didik saya dari kecil untuk berusaha sendiri dalam mencapai apa yang diinginkan.

    Jauh sekali rela ‘jual’ tubuh untuk kepuasan ‘sugar mummy’ atau sesiapa. Memang minta dijauhi.

    Fikry berkata demikian ketika Sidang Media Pelancaran Liquffe yang diadakan di Semenyih, Selangor, baru-baru ini.

    Duit pelaburan duit sendiri

    Fikry Kiki anak ikan 2Fikry Kiki anak ikan 2

    Tambah pemilik nama Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, modal RM600,000 yang dilaburkan itu merupakan wang hasil titik peluh dirinya bekerja sejak zaman kanak-kanak.

    Dia bukan ‘sugar mummy’ saya. Sebahagian besar modal bisnes RM600 ribu adalah usaha saya sendiri.

    Bulan adalah rakan kongsi saya yang saya sudah anggap seperti kakak. Sebagai seorang influencer yang berpengalaman dalam bisnes, rasanya tak salah untuk saya belajar daripadanya.

    Pada asalnya dia ada berkongsi kepada saya tentang produk kopi tanpa bancuh iaitu Liquffe yang sedang kami usahakan sekarang.

    Pada asalnya, dia meminta pendapat saya, mahu mengeluarkan produk yang pertama di Malaysia itu. Apabila saya cuba produk itu selama beberapa bulan, memang sedap dan yakin boleh pergi jauh.

    Jadi, dari situlah bermulanya kami jadi rakan bisnes dan duit RM600,000  itu adalah modal kami bersama. Lagi pun, saya tak tahu sampai bila bertahan dalam industri seni.

    Tidak timbul soal dia menaja saya atau saya jadi ‘anak ikan’ dia. Kami memang sudah lama berkawan. Saya harap netizen yang menyindir saya di Instagram itu, henti-hentikanlah.

    Ada yang mempertikaikan di mana saya dapat duit atau modal tersebut, itu adalah hasil simpanan saya sendiri.

    Selesa berkawan

    Saya masih ingat dosa pahalaSaya masih ingat dosa pahala

    Sementara itu, pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, 27, mengaku bersimpati dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Fikri yang terkenal dengan rancangan Ceria Popstar.

    Bagi saya, tuduhan sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Sebab niat kami baik, usahakan bisnes ini dalam masa yang sama membantu masyarakat untuk menjana pendapatan.

    Sepatutnya, masyarakat atau netizen sokong anak muda seperti kami yang berusaha untuk memajukan diri. Bukannya tuduh yang bukan-bukan.

    Saya selesa berkawan dengan Kiki. Dia pun ada potensi untuk jadi usahawan berjaya cuma perlukan masa. Saya pun masih dalam proses belajar.

    Jadi kami saling membantu dan sering berkongsi idea untuk memajukan Liquffe yang saya lihat boleh pergi jauh. Kopi tanpa bancuh yang pertama di Malaysia.

    Berkongsi tentang Liquffe, Bulan berkata, ejen tidak perlu perlu risau kerana kopi cecair ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan serta mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.

    Penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut banyak berlaku penolakan kerana mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.

    Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, membantu meningkat metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi.

    Bulan juga meluahkan rasa syukurnya apabila impiannya untuk muncul dengan produk yang bagus dan bermanfaat kepada masyarakat akhirnya tercapai.

    ALSO READ:  ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin

    Selain membantu masyarakat menjana pendapatan, Bulan akui mahu sentiasa berbakti kepada masyarakat seperti menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.

    Insya-Allah, ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Melalui kerjasama ini, untuk permulaan saya membeli 100 naskhah Al Quran Braille daripada pertubuhan ini untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain.

    Bagi saya, Al Quran ini sangat penting kerana hidup kita lebih teratur dan terurus selagi kita berpaut dengannya, selain ia merupakan mukjizat paling agung.

    Bukan itu sahaja, pembeli Liquffe berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti Motosikal Honda RS-X, pelbagai peralatan eletrik rumah dan gajet. Sesiapa yang ingin membeli dan menjadi ejen boleh rujuk TikTok Liquffe Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts