Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentFilem AGRINAI (THE CREATURE) Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

    Filem AGRINAI (THE CREATURE) Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

    -

    Shopee CNY Sale

    Tahniah buat filem AGRINAI (THE CREATURE) berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah merangkul Anugerah Khas Juri untuk Filem Cereka Thriller Terbaik di Festival Filem Tamil Toronto.

    Menurut Viknes Perrabu, Pengarah Pemasaran Sai Nanthini Movie World Sdn. Bhd., ini merupakan anugerah pertama yang diraih oleh filem AGRINAI daripada sebuah acara festival filem yang paling diiktiraf dan terkenal di kalangan festival filem antarabangsa.

    “Kami amat berbesar hati untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua pengemar filem Tamil di mana filem AGRINAI – (THE CREATURE) telah menerima Anugerah Khas Juri untuk kategori Filem Cereka Thriller Terbaik di Festival Filem Tamil Toronto.

    “Ini adalah satu pencapaian yang dapat menyuntik semangat kepada kami sebagai pembikin filem Tamil untuk menghasilkan filem yang bermutu pada masa akan datang,”–  ujar Viknes Perrabu

    Bukan itu sahaja, momen dan detik bersejarah ini bertambah manis setelah filem ini sebelum ini dipilih secara rasmi untuk mewakili Malaysia di Anugerah Barcelona Indie (Sepanyol), mewakili Malaysian di Anugerah Cannes International Film Competition ( France) dan Suku Akhir di Anugerah Filem Siri Web Popular dari United Kingdom.

    “Kami merasa bangga kerana dapat mewakili Malaysia seterusnya mengharumkan nama negara. Kami percaya, ini adalah hasil usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini termasuklah pelakon dan seluruh krew,”

    “Sebenarnya, bukan mudah untuk pihak kami menghasilkan filem ini jika tidak ada kerjasama dari seluruh pihak membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya selaku pengarah filem ini mahu berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” kata Thanesh Perrabu yang merupakan Pengarah Filem dan Editor.

    Pengiktirafan sebagai Anugerah Khas Juri untuk Filem Cereka Thriller Terbaik di Festival Filem Tamil Toronto di mana filem ini turut bersaing dengan beberapa filem luar biasa dan filem pemenang anugerah negara India termasuklah filem Kadaisi Vivasayi (Vijay Sethupathi).

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tak Perlu Menghina Sampai Macam Ini’ – Haneesya Hanee Respon Netizen Kutuk Warna Kulit Gelap Gara-Gara Watak ‘Sally’

    Skor muzik filem dan lagu tema filem ini dibuat oleh Composer M. Jagathees sepenuhnya.
    Sementara itu, lagu khas AGRINAI dan lagu Family dibuat oleh  Composer BalanRaj.

    Filem ini dibintangi oleh Viknes Perrabu, Aghonderan, Umaghandan, Vimal Narainan dan ramai lagi.

    Sinopsis Filem AGRINAI – (THE CREATURE)

    YouTube video

    Filem AGRINAI – THE CREATURE adalah sebuah filem bergenre sci-thriller dengan berdurasi selama 93 minit. Ia menceritakan tentang tiga pembunuh paling dikehendaki melarikan diri daripada eksperimen rahsia dan mula membunuh orang kampung.

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts