Pelakon Fattah Amin berkongsi pandangan mengenai perkembangan industri filem tanah air.
Perkembangan industri filem
Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 33, memuji kemajuan dan teknologi yang digunapakai dalam pembikinan karya oleh rumah produksi tempatan pada era masa kini.
Namun, aktor itu berpendapat masih ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik.
Latar belakang saya belajar fasal pengurusan filem dan produksi, memang belajar berkaitan industri kreatif.
Saya minat dengan perkembangan dan evolusi dunia industri filem. Saya melihat dari sudut karya, filem di negara kita semakin hari ada penambahbaikan.
Mengikut perkembangan industri filem secara global, nak atau tidak memang perlu terima perkembangan itu. Kalau tertinggal, orang akan cakap industri filem kita jatuh.
Tak perlu tengok jauh, lihat sahaja di negara jiran (Indonesia). Tidak semua sudut tapi ada beberapa jika nak dibandingkan dengan industri filem kita. Kita ada juga kelebihan kita.
Fattah berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Kopi dan Muvi yang disiarkan di YouTube.
FINAS turun padang
Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah mencadangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk turun ke set penggambaran bagi melihat permasalahan yang berlaku.
Secara keseluruhan, nampak industri kita ada perkembangan. Tetapi secara jujur, kalau pihak FINAS boleh turun padang dan ambil berat tentang pemain industri, akan dapat ilhat wujud permasalahan di akar umbi.
Mungkin dengan itu, dapat kesan beberapa perkara yang boleh ditambahbaik lebih lagi. Sudah pasti kita mahu hasilkan filem yang boleh mewakili ke OSCAR.