Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFilem ‘Indera’ Lakonan Shaheizy Sam & Azira Shafinaz Dipilih Sebagai Filem Pembukaan...

    Filem ‘Indera’ Lakonan Shaheizy Sam & Azira Shafinaz Dipilih Sebagai Filem Pembukaan Festival Filem Asia Pasifik Ke-61

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Festival Filem Asia Pasifik (APFF) salah satu Festival Filem tertua dan paling berprestij di rantau ini, yang diasaskan pada tahun 1953.

    Festival Filem Asia Pasifik

    APFF diadakan secara tahunan yang dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA) dan telah dihoskan oleh pelbagai lokasi bandar di 25 negara dan wilayah yang berbeza.

    Ia berfungsi sebagai sebuah platform penting untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sinematik terbaik dari Asia-Pasifik, menghimpunkan pembuat filem, artis, para pemain industri dan peminat bagi meraikan kecemerlangan dalam pawagam.

    Festival ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran budaya, ekspresi seni, pendidikan, pelancongan, dan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik. Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61) bakal kembali dengan pelbagai acara menarik selama tiga hari yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Lomo Pictures Sdn Bhd, Kumpulan NCT dan Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik, yang akan berlangsung bermula 29 November hingga 1 Disember 2024, di Wyndham Ion Majestic Hotel Genting Tanah Tinggi, Malaysia.

    Pastinya, festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, termasuk program bual bicara antara panel, tayangan filem dan membuka ruang ‘networking’ bersama penggiat industri.

    Program-program ini akan menawarkan pandangan yang berharga tentang industri filem dan menyediakan peserta dengan platform untuk melibatkan diri dengan pakar, pengarah, penerbit dan pelakon dari seluruh Rantau Asia Pasifik. Selain itu, Festival ini juga bertujuan bagi memupuk dan menggalakkan pertukaran budaya, mempamerkan bakat yang pelbagai, dan menggalakkan kerjasama dalam komuniti filem Asia-Pasifik.

    Indera filem pembukaan

    Tahun ini, filem Seram Malaysia “Indera” lakonan Shaheizy Sam, Azira Shafinaz dan Samara Kenzo, telah dipilih sebagai filem pembukaan APFF61. Kemuncak Majlis Anugerah APFF61 akan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang dalam perfileman, mengiktiraf filem, persembahan dan sumbangan yang paling luar biasa kepada industri perfileman AsiaPasifik

    ALSO READ:  Elvina Mohamad Memilih Untuk Menyimpan Kisah Peribadi, Kerana Takut Dengan Penyakit Ain – ‘Ada Orang Yang Menganggap Saya Seorang Yang Bujang’

    Peminat filem, pembikin filem yang bercita-cita tinggi, dan wakil media dijemput untuk menghadiri dan menjadi sebahagian daripada acara kebudayaan yang penting ini. Festival Filem Asia Pasifik sentiasa menjadi platform utama untuk meraikan kecemerlangan sinematik dengan tumpuan diberikan kepada setiap bakat dan cerita yang wujud dari rantau ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts