Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFilem Komedi Seram ‘Saka Perawan’ Bakal Gegarkan Pawagam Bermula 27 Jun Ini!

    Filem Komedi Seram ‘Saka Perawan’ Bakal Gegarkan Pawagam Bermula 27 Jun Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Grand Brilliance Studio dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, mempersembahkan filem komedi seram Saka Perawan yang akan ‘merasuk’ pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula 27 Jun 2024 ini.

    Filem Saka Perawan

    Filem Saka Perawan yang diarah dan diterbitkan oleh pengarah prolifik, Dr. Ahmad Idham mengisahkan tentang penyakit misteri yang dihadapi oleh Nek Aminah (Datuk Hajah Fauziah Nawi) yang berusia 80 tahun yang telah terlantar sakit beberapa lama, yang membuatkan anak dan cucunya menjadi bingung. Doktor juga tidak mempunyai solusi akan penyakit misteri nenek ini. Setiap kali melepasi waktu Maghrib, keadaan nenek semakin teruk dan seakan nazak, akan tetapi sebaik sahaja mencapai pukul 5.00 pagi, keadaannya kembali normal dan mampu bangun dan menyanyi.

    Keadaan ini berulang setiap hari sehingga Rusila, anak perempuan nenek lakonan Wilma Muhammad terpaksa memanggil ketiga-tiga cucu perempuannya lakonan Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam pulang ke kampung. Ternyata, apa yang di amal dan dimiliki oleh nenek yang telah diwarisi dari perjanjian turun temurun harus diturunkan kepada cucu-cucunya yang masih perawan agar nenek boleh pergi dengan tenang tanpa mengetahui akan kesan sampingan dan risikonya.

    Kekecohan mula melanda dan satu demi satu kebenaran terbongkar. Mampukah ustaz muda, lakonan Afieq Shazwan menyelesaikan permasalahan yang berlaku dan mengembalikan ketenangan kampung?

    Sementara itu, menurut Ahmad Idham, berharap dengan genre elemen seram dan komedi serta gabungan barisan pelakon yang hebat ini mampu menarik penonton mahupun peminat-peminat barisan pelakon filem ini untuk menyaksikan Saka Perawan di pawagam.

    Genre komedi seram ini adalah genre kegemaran saya. Ini adalah filem untuk mereka yang berani ketawa dalam ketakutan. Saya mengambil balik formula-formula seperti menggabungkan kumpulan pelawak dan artis yang bukan pelawak di dalam satu penceritaan seram dalam kelompok masyarakat Melayu di sebuah perkampungan tentang pembelaan entiti saka untuk diangkat menjadi filem.

    Filem ini menampilkan ramai barisan pelakon legenda komedi dan juga baharu seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Hajah Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.

    ALSO READ:  Amalan Syirik di Sabah: Fathia Latiff Tidak Menuding Jari Pada Semua Orang

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts