Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFilem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Minta Pendapat Ustaz Di Makkah...

    Filem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Minta Pendapat Ustaz Di Makkah – ‘Agama Tetap Penting Bagi Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Shaheizy SamShaheizy Sam

    Pelakon, Shaheizy Sam menganggap setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya berjudul ‘La Luna’ yang didakwa mempunyai unsur liberal dan ‘soft porn’.

    ‘Saya bukan liberal’

    Shaheizy SamShaheizy Sam

    Ketika ditemui , Sam berkata dia menerima setiap pandangan dengan hati yang terbuka dan menyatakan hanya Allah yang tahu niatnya ketika melakonkan filem tersebut.

    Setiap pandangan manusia berbeza-beza, ustaz dan pendakwah juga ada pandangan mereka. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil dan guna pakai? Kalau bercakap tentang niat buat sesuatu perkara, hanya Allah yang tahu niat tersebut.

    Berbalik kepada seseorang individu itu bagaimana dia kaitkan dengan kehidupan sendiri atau orang lain atau dengan agama. Saya terima pandangan semua orang.

    Sam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Dalam pada itu, isteri kepada aktres Syatilla Melvin berkata dia mengetahui mengenai isu filem tersebut ketika mengerjakan umrah di Makkah, baru-baru ini.

    Menurut Sam, dia juga ada meminta pandangan daripada beberapa rakan ustaz ketika di Tanah Suci.

    Saya ada borak dengan ustaz-ustaz di Makkah, sebab ketika saya dengar isu itu timbul saya sedang di Makkah. Saya tanyakan pandangan mereka, mereka dah tengok dan kata tiada apa pun.

    Terpulang pada hati nak hukum filem itu bagaimana. Tapi ramai yang datang pada saya cakap filem itu seronok. Tapi saya sendiri sangat enjoy dengan filem ini kerana antara filem yang saya gemar.

    Fikiran saya tidak sampai ke tahap liberal atau nak mengetepikan agama. Saya sendiri beragama Islam dan saya bukan liberal.

    Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan semakin banyak filem didakwa berunsur liberal, Sam menjawab tugas tersebut akan dipantau oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

    Terus terang, perkara sebegitu saya sendiri berasa segan. Tetapi macam saya sebagai seorang pelakon dan beragama Islam, saya ada garis panduan yang diikut.

    Kadang-kadang saya punyai kajian dalam berlakon itu terhadnya sebagai pelakon sahaja. Saya pun bukan orang yang cerdik pandai dalam agama.

    Jadi saya punya kajian tentang sesuatu filem adalah sebagai pelakon, tetapi ada satu lapisan lagi yang saya rasa selamat bila ada LPF. Oleh itu, saya tak rasa LPF akan lepaskan filem yang tidak elok ditonton oleh peminat tanah air.

    ALSO READ:  Andika Putera Ugut Nak Sebar Video ‘Bersama’ Bekas Isteri? – ‘Nampak Muka Awak Je, Tak Nampak Saya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts