Kepercayaan mengenai wujudnya harimau jadian iaitu manusia yang mengamalkan ilmu hitam sehingga mampu bertukar menjadi harimau jadian sememangnya cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu.
Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, ia telah memberi ilham kepada syarikat produksi Lil Studios Sdn. Bhd untuk menghasilkan sebuah filem thriller iaitu Limbungan: Tragedi Hitam 1975.
Harimau jadian
Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, ia telah memberi ilham kepada syarikat produksi Lil Studios Sdn. Bhd untuk menghasilkan sebuah filem thriller iaitu Limbungan: Tragedi Hitam 1975.
Pengarahnya, Fazli Yasin berkata, ia adalah sebuah filem yang membawa penonton menyelami dunia mitos tentang harimau jadian di sebalik konflik pembangunan di sebuah kampung pada era 1970-an.
Idea untuk hasilkan filem Limbungan ini datangnya daripada minat saya terhadap seni makhluk mitologi Melayu, terutama sekali harimau jadian.
Sejak kecil lagi saya sering melukis makhluk-makhluk pelik, termasuklah menghasilkan novel grafik tentang harimau jadian semasa berusia tujuh tahun.
Fazli berkata, dengan penghasilan filem berkenaan juga adalah tanda ‘cinta’ terhadap seni reka bentuk makhluk dan mitologi alam Melayu.
Limbungan: Tragedi Hitam 1975 mengisahkan tentang perjalanan Ramli dan Malik ke Kampung Limbungan untuk mengambil alih projek yang terbengkalai.
Bagaimanapun, mereka telah diserang oleh harimau jadian yang menakutkan sehingga memaksa mereka berdua bergelut untuk terus hidup.
Menampilkan Amerul Affendi dan Kodi Rasheed selaku tunjang utama, filem tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Cat Farish, D’Boy Hamdan, Bohari Ibrahim, Zainal Isa, Nor Albaniah dan Azan Addin.
Jelas Fazli lagi, apa yang menarik tentang filem tersebut apabila kisah mengenai harimau jadian ini pernah diceritakan menerusi catatan Sir Hugh Clifford iaitu Residen Pahang yang bertugas pada 1896 hingga 1903. Menerusi catatan tersebut ada menceritakan mengenai harimau jadian yang menyerang sebuah keluarga.