Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFilem Pungut Papar Kehidupan Pemungut Sampah, Areel Abu Bakar Angkat Cerita Rakyat...

    Filem Pungut Papar Kehidupan Pemungut Sampah, Areel Abu Bakar Angkat Cerita Rakyat ‘Terpencil’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Syarikat produksi Studio Screen menerbitkan sebuah filem aksi berjudul Pungut yang menggambarkan liku-liku kehidupan kisah pekerja cari rezeki dalam longgokan sampah.

    Artikel berkaitan: Filem ‘Walid’ Bawa Nama Malaysia Ke Uzbekistan

    Artikel berkaitan: Areel Abu Bakar Bergerak Secara ‘Fakir’, Guna Duit Sendiri Hasilkan Filem ‘Walid’

    Kehidupan pemungut sampah

    Menariknya, filem tersebut juga diarahkan oleh pengarah yang cukup terkenal dengan filem-filem aksi seperti Geran dan Walid iaitu Areel Abu Bakar.

    Menurut Penerbit, Datuk Saifulhaq Anani, filem Pungut merupakan sebuah naskhah yang memaparkan hakikat yang berlaku dalam masyarakat sekarang.

    Ia mencerminkan tentang kuasa, kedudukan serta kepayahan masyarakat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang terlalu sukar demi mencari sesuap nasi.

    Jadi, naratif ini diolah dengan situasi yang berlaku sekarang ini dengan dijadikan sebuah kisah memaparkan kehidupan pekerja mencari rezeki sebagai pemungut sampah.

    Sementara itu, Areel sebagai pengarah memilih tajuk Pungut kerana filem berkenaan itu sendiri berkisar tentang sekumpulan pekerja yang bekerja di pusat pelupusan sampah.

    Malah, filem terbaharu arahannya itu menampilkan kelainan dari sudut penceritaan yang pastinya jarang diangkat dalam mana-mana filem aksi yang pernah dihasilkan.

    Pada saya, kisah dalam filem Pungut adalah sebuah cerita rakyat yang agak ‘terpencil’, misalnya dengan menjadikan kisah pekerja pemungut sampah ini sebagai premis utama.

    Di sebaliknya, filem ini boleh dikatakan sebagai ‘simbolik’ kepada kerosakkan sistem yang ada dalam sesebuah organisasi setempat dan itu yang saya cuba sampaikan dalam bentuk filem.

    Mengulas tentang pembikinan filem berkenaan, Areel tidak menafikan turut berhadapan dengan cabaran ketika penggambaran yang dilakukan di pusat pelupusan sampah yang sebenar.

    Itu antara cabaran utama, namun semuanya berjalan lancar. Apapun yang lebih penting saya ingin penonton lihat sendiri tentang kehidupan pekerja pemungut sampah ini mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

    Mungkin ada segelintir yang memandang jijik pekerjaan sebegitu, namun cuba bayangkan pula jika tiada orang yang sanggup melakukan kerja-kerja sedemikian.

    Filem Pungut akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Ogos 2024.

    ALSO READ:  ‘Filem Di Negara Kita Semakin Hari Ada Penambahbaikan’ – Fattah Amin

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts