Saya yakin Allah selamatkan saya
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Firdaus atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung bertemu dengan individu yang menceritakan kisahnya untuk memeluk Islam.
Dalam kapsyen tersebut, individu memberitahu pernah terdetik untuk memeluk islam namun belum kesampaian.
Kereta saya kemek teruk dihempap pokok besar. Penumpang belakang mati tapi Alhamdulillah saya hidup. Apabila pasukan penyelamat nampak saya masih bernafas, mereka pun tidak percaya.
Saya tidak cedera teruk walaupun kepala terhantuk dengan pokok yang tumbang, hanya jari je yang cedera. Saya yakin Allah yang selamatkan saya.
Saya bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup.
Tambah individu itu, kejadian yang dihadapinya membuatkan dia bergegas ke Multiracial Reverted Muslims (MRM) untuk memeluk Islam.
Bersyukur dilahirkan seorang Muslim
Sekadar gambar hiasan
Mendengar perkongsian itu, Firdaus meluahkan rasa syukur dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam tanpa perlu melalui perjalanan yang mencabar.
Mendengar kisah individu itu membuatkan saya tersentap. Individu ini melalui perjalanan yang mencabar untuk beliau mendapat hidayah.
Saya tidak perlu melalui kesukaran untuk menjadi seorang Muslim, tahu-tahu saja sudah dilahirkan dalam keluarga beragama Islam.
Berikutan dengan itu, Firdaus merasakan lebih semangat dalam meneruskan jihadnya untuk menyebarkan kebenaran.
Di akhir hantaran, Firdaus Wong mendoakan agar individu itu dipermudahkan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.