Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFitnah Di TikTok, Cik Pia Terima 4 Surat Tuntutan Tambahan! Diminta Untuk...

    Fitnah Di TikTok, Cik Pia Terima 4 Surat Tuntutan Tambahan! Diminta Untuk Minta Maaf Dan Bayar Pampasan RM1.5 Juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan Nurul Nur Ariani Muhamamad Zahari memaklumkan pihaknya sudah menghantar empat lagi surat tuntutan kepada pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Cik Pia atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sesi siaran langsung di TikTok.

    Empat surat tuntutan

    cik pia jelas hutangcik pia jelas hutang

    Menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada , tuntutan itu dibuat melalui sebuah firma guaman yang mewakili Nurul Nur Ariani iaitu NHA Advocates & Solicitors.

    Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan, semua surat tuntutan yang diarahkan dikeluarkan pada minggu lalu dan minggu ini telah diserahkan kepada Cik Pia atau nama sebenarnya Norsufia Johari.

    Saya diberi arahan oleh anak guam supaya surat-surat tersebut menuntut Norsufia Johari membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat dan membayar pampasan kerana dakwaan memfitnah.

    Anak guam mendakwa yang siaran TikTok Live oleh Norsufia Johari mengandungi kenyataan fitnah dan maklumat palsu.

    Dia seterusnya mendakwa senarai kenyataan fitnah dan respons Norsufia Johari semasa siaran langsung di platform media sosial tersebut telah merugikan dan merosakkan imejnya.

    Difahamkan, pempengaruh media sosial tersebut dituntut membuat permohonan maaf dan membayar pampasan sejumlah RM1.5 juta

    Surat-surat tuntutan yang telah dikeluarkan mendakwa Cik Pia telah membuat tuduhan menipu dan memanipulasi orang ramai, membuat janji palsu mengenai hadiah yang tidak dipenuhi serta memberi persepsi dan persangkaan yang anak guamnya tidak jujur.

    Usahawan tersebut juga mendakwa yang berita palsu yang dikeluarkan oleh Cik Pia telah memberi kesan negatif kepada kredibilitinya, menghadapi reaksi negatif dan komen sinis dari orang ramai selain mengalami malu, tekanan emosi serta kesedihan.

    Menurut surat-surat tuntutan itu lagi, sekiranya tiada permohonan maaf tanpa syarat secara terbuka dan pembayaran pampasan dibuat, usahawan tersebut akan memfailkan kes saman fitnah.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Siapa Saya Nak Halang Suami Untuk Tak Pegang Pelakon Wanita..Dia Pun Tahu Hukum Agama’ – Bella Hanna

    Nurul Hafidzah juga berkata Cik Pia diberi tempoh masa selama tujuh hari untuk mematuhi tuntutan sebelum kes sivil tersebut difailkan di mahkamah.

    Anak guam memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasi sehingga menjadi berita palsu dan fitnah. Anak guam berpendapat dakwaan yang dilemparkan adalah satu bentuk pembulian siber dan tujuan tindakan undang-undang diambil adalah supaya tidak ada lagi fitnah yang akan berlaku ke atas orang lain melalui tingkahlaku yang sama pada masa hadapan.

    Adalah penting untuk anak guam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas yang didakwa dibuat oleh Norsufia Johari. Anak guam menyifatkan pempengaruh media sosial tersebut membuat kenyataan fitnah tanpa berlandaskan fakta yang bertujuan untuk mencemarkan imej beliau.

    Peguam itu menjelaskan, selepas surut tuntutan pertama dikeluarkan, Cik Pia masih enggan memohon maaf dan bersiaran langsung tentang anak guam sehingga menyebabkan usahawan tersebut mengeluarkan lima surat tuntutan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts