Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFitri Farok Terima Banyak Komen Nakal & Gambar Lucah Di Media Sosial,...

    Fitri Farok Terima Banyak Komen Nakal & Gambar Lucah Di Media Sosial, Siap Dapat Tawaran RM100,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon sedang meningkat naik iaitu Fitri Farok memberitahu dia sudah lali menerima komen dan foto yang keterlaluan daripada pengikutnya di media sosial.

    Bohong kalau cakap tiada

    Menerusi temu bual bersama bekas naib juara Hero Remaja 2023 ini berkata, sepanjang terlibat dalam dunia seni, dia sudah menerima pelbagai komen dan direct message (dm) yang keterlaluan daripada mereka yang meminatinya.

    Bohong kalau saya cakap tiada. Nak cakap saya tak perasan perkara itu tipulah kan. Kalau tanya apa yang saya buat, saya tak akan layan dan baca komen-komen macam itu.

    Banyak komen yang terlalu ekstrem saya terima seperti gambar lucah, yang tunjuk kemaluan dan siap ajak jumpa.

    Kalau teruk sangat macam itu saya akan block mereka. Saya tak akan balas.

    Tambah Fitri, ada juga yang meminta secara berlebihan dan pelik sehingga mahu ke ranjang.

    Saya pernah ditawarkan wang sebanyak RM100,000 untuk buat perkara seperti itu. Dia dm tanya saya nak tak?

    Sebagai pelakon, Fitri sedar perkara sebegini pasti akan dilalui oleh kebanyakan anak seni. Oleh sebab itu, dia akan mengambil langkah berhati-hati tatkala memuat naik posting di media sosial.

    Kalau tanya saya akan menghadkan ataupun tidak konten saya di media sosial, saya akan jawab tengok pada keadaan juga. Ada yang boleh saya kongsi dan ada juga yang tak boleh.

    Sebagai contoh, adik saya dapat keputusan cemerlang. Boleh la saya kongsi dengan semua. Kalau benda atau perkara itu negatif, memang tidaklah saya akan kongsi kepada semua.

    Disoal mengenai hubungan bersama peminat pula, Fitri mengakui bahawa semua peminatnya faham dan tahu menjaga batas tatkala berjumpa dengan dirinya.

    Mereka tahu jaga batas. Saya tak pernah lagi berdepan dengan peminat yang keterlaluan. Mereka yang kacau saya itu bukan peminat tegar saya. Peminat saya tak ada yang peluk berlebih-lebihan. Pengurus saya selalu pesan kepada mereka dan saya agar kena berhati-hati dan jaga batas.

    sempat mengusik Fitri sama ada dia sedang mengenali seseorang pada masa ini ataupun tidak. Cucu kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkata, dia masih single.

    Sekarang saya tak ada sesiapa yang istimewa. Saya kawan dengan semua. Mungkin saya tak jumpa lagi pilihan hati yang betul-betul sesuai untuk saya. Saya nak fokus kerja dan cari duit dahulu. Bila semuanya dah stabil, baru saya akan fikir soal tersebut katanya kepada semasa sesi fotografi drama Anak-Anak Mafia di Sri Pentas, Damansara, semalam.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Dulu Pernah Buat Content 2022 Pasal Janda, Tak Sangka Jadi Kenyataan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts