Penyampai radio, Fizi Ali muncul mempersoalkan tindakan beberapa netizen yang dilihat melemparkan kata-kata kasar terhadapnya di media sosial.
Melalui hantaran di Instagram, Fizi Ali memuatnaik tangkapan skrin beberapa komen netizen yang memberikan kata-kata kesat, malah ada yang menggelar dirinya sebagai ‘dayus dan munafik’.
“Acah bapak paling sayang dengan anak, masa dengan ex pun kau tak peduli haa. Jantan loser dayus bebal, meroyan nasib ex kau tak buka aib kau bodoh.”-komen netizen
“Muka macam si*al je jantan ni, meroyan macam pondan kat media sosial. Beria pasal anak konon. Masa dengan ex wife tak ada nak ambil tahu. Dasar dayus, munafik, jantan loser macam ni kerja stesen tv.”-komen netizen lagi
“Ada Masalah Apa-Apa Ke?…”
Tidak berdiam diri, Fizi Ali mempersoalkan tindakan netizen yang sama memberikan komen-komen kasar terhadapnya, malah memperbetulkan komen netizen terlibat dengan menjelaskan bahawa dia bekerja sebagai penyampai radio dan bukanlah di stesen televisyen seperti yang dimaksudkan.
“Awak okay tak ni dik? Ada masalah apa-apa ke? Boleh bincang sama-sama. Nampak macam hidup tengah tertekan je awak ni.
Banyak awak komen rupanya. Awak okay tak ni sebenarnya? Dik, saya kerja stesen radio dik, stesen televisyen belum lagi dik.”-balas Fizi Ali
Mahu Fizi Ali Dipecat Hot FM?
Dalam pada itu, Fizi Ali turut mendedahkan terdapat individu yang mahu dirinya dipecat oleh stesen radio, Hot FM.
Apa komen anda?